-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Thursday, 31 January 2013

BUAT AKU TAK TERMAMPU










#Berharap moga engkau mampu memahami.walaupun bukan sekarang.


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 30 January 2013

ADA APA DENGAN K.U.C.I.N.G.? meeowww...



 Assalamualaikum..




 ‘Kucing??? Haaa..jangan lah mai dekat sini. Pergi main jauh-jauh’ tu lar situasi yang berlaku bila nini nampak kucing..  nini takut kucing?? Takut? -_- bukan lah takut sangat sebenarnya sampai terjerit-jerit bila nampak kucing.. takut sikit je..heeee ^_6 kalau balik kampung kat johor, memang menguji ketahanan mental dan fizikal.. huhu.. yela, rumah mak long bela kucing, rumah mak ngah bela kucing, rumah mami esah bela kucing.. ==’ terpaksa marathon dalam rumah diaorang bila kucing-kucing tu nak dekat.. ^^ tapi, bila kucing-kucing tu tidur, baru nini berani pergi dekat, belai-belai kucing-kucing tu..huhu..best..comel..lembut je bulu kucing.. sebab tu kot ramai orang suka kucing.. ‘dah tu yang nini tak suka kenapa?’ haish… bukan tak suka lar.. nini cuma takut kena gigit/ cakar je.. ==’ tapi……………… nampak gayanye macam nini kena ubah sikap, kelakuan nini pada kucing lepas ni.. kena berani! Haha.. iya iya je.. =.= huhu..betullah.. kenapa? Sebab ni haaaa.. secara tak sengaja terbaca ni.....

‘Kadangkala Allah hantar kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak dengan Rezeki Allah.. Kerana dia tak minta ikan yang baru di goreng.. Dia tidak minta pinggan yang elok ketika makan.. Dia tak minta air untuk membasuh tangan.. Dia tak minta tisu untuk lap mulut.. Dia hanya meminta sisa2 makanan kita yang tidak habis di makan’

=’) kawan-kawan, apa tunggu lagi??? segalanya di tangan kita, sama ada kita nak melakukan perubahan atau tak.. 


Wasalam..


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Tuesday, 29 January 2013

SWEET SANGAT!! =='



Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
Tiba-tiba seorang menjerit..
"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu.
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri..
setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

Sweet sangat…LOL =.='


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Monday, 28 January 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU!



Assalamualaikum.

  


Di kesempatan ini, nini nak ucapkan selamat pengantin baru khas untuk kazen nini yang selamat diijabkabulkan pada 27/1/2013 di Segamat, Johor.. selamat pengantin baru, Ain dan suami ^^  wahhh.. lawan kak nini, kak fifi dengan abg shahrul nampak nye..huhu..maaf sangat-sangat coz kak nini tak dapat datang masa majlis perkahwinan Ain.. =( pape pun, kak nini doakan ikatan tersebut diredai dan diberkati Allah..inshaaAllah..  semoga jodoh kalian berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan putera yang soleh dan puteri yang solehah.. Amin.. =)

ketahuilah bahawa walaupun kita semua berjauhan, tetapi di dalam setiap doa yang ku pohon kan, tidak pernah sekalipun nama kalian hilang dalam senarai ^_^ 


########################################################


wasalam.. ^_^


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Saturday, 26 January 2013

T_T



Einstein mengajak Mr Bean bermain teka-teki. Disangkanya Mr Bean pasti jadi lauk dia jer.

Einstein: Aku akan memberi satu pertanyaan, jika anda tidak tahu jawapannya maka anda membayar saya hanya $ 5, dan jika saya tidak dapat menjawab pertanyaan anda, saya akan membayar anda $ 500.

Mr Bean mengangguk 18 kali menandakan dia setuju dengan cabaran Einstein.

Einstein mengajukan pertanyaan pertama.

Einstein : Berapa jarak dari bumi ke bulan?

Mr Bean : ~Mr. Bean tidak mengucapkan sepatah kata pun, seluk saku, mengeluarkan $ 5.~

Sekarang, giliran Mr Bean…

Dia bertanya kepada Einstein.

Mr. bean : Apakah yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki, dan akan turun di 2 kaki?

Einstain : ~Einstein melakukan pencarian di internet tapi tak berjumpa dan meminta bantuan semua kawan kawannya..  Setelah satu jam ia memberikan Mr Bean $ 500~

Einstein (sambil bengang bertanya): Jadi apa yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki dan turun dengan 2 kaki ??

Mr Bean menyeluk saku, dan memberikan Einstein $ 5.


T_T


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Tuesday, 22 January 2013

PERLUKAN BANTUAN!!!




Bila saya kata…
“saya sedang berubah”
Kadangkala saya terbabas juga..

Maka..
Tegurlah, bukan menghukum..
Sayangilah, bukan memfitnah..
Maafkanlah, bukan membenci..
Mudahkanlah, bukan menyusah..

Jadi..
Ingatkanlah saya, bukan mengejek..

Kerana diri ini masih lemah,
Mudah terlupa, mudah terleka..

Dan saya cuma musafir..
YANG PERLUKAN BANTUAN! 

assalamualaikum..


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Monday, 21 January 2013

--->BABY<---



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Sunday, 20 January 2013

NINI DAN DONUTNYA.. ^_^


Assalamualaikum dan hai ^^


Di harap kawan kawan sihat semuanya..inshaaAllah.. sedar tak sedar, dah hampir seminggu nini cuti.. tinggal beberapa minggu je lagi sebelum kaki menjejak kembali ke UKM... sekejap nye -_- (bile time cuti, sekejap lar, tak puas lagi lar.. bile time belajar, cepat je mintak masa berjalan kan ^_6) dalam seminggu ni, masa nini di habiskan untuk si bongsu kat rumah ni.. sape lagi kalau bukan si bujang tu..(zaza@boboy) mane tak nye, kena jadi driver pagi petang.. tu tak termasuk kalau hari mama kena jage tok malam-malam.. nak kena kejutkan boboy  pagi-pagi.. walawei, mak aiii susah nye nak bangun ==’ malam pulak, dilantik secara tak rasmi menjadi cikgu sementara kepada boboy.. part ni yang paling menguji kesabaran.. dye suke main-main.. bljar tak sampai 15 minit, mula lar nak minum air lar, nak pergi tandas lar, banyak je alasan, last-last tengok-tengok duk depan tv.. T_T kadang-kadang, homework dye pun suruh nini yang buat.. ‘heay, suke hati dye je’


Tapi kan, yag seronoknye cuti kali ni sebab nini tolong mama buat donut segera.. winkwink.. huhu.. donut sgera ni mama jual dekat kedai-kedai runcit. hampir setiap hari duk menghadap donut-donut tu.. ^_^ mama uli tepung sampai jadi doh, dan nini yang bentukkan donut tu..^^ hmm..kenapa bukan nini yang uli tepung tu? Ni sebab nye ‘tangan awak tu kcik nak uli tepung yang banyak-banyak ni.. t sampai malam belum tentu jadi doh lagi’ -_- ‘baiklah,mama’ jadi, nini pun amik lar part bentukkan donut n packing kan donut-donut tu.. seronok sangat bile dah siap packing semuanya.. sebab.. dah nampak dah bayang-bayang upah yang akan di trime.. huhu.. jual pun tak lagi, berangan je lebih.. ^^ ‘buat kerje tu kena ikhlas nini..jangan harapkan balasan..’ errrrrrrr..baiklah.. tapi dah kalau mama yang nak bagi upah, tak kan nak tolak pulak kan.. huhu.. moga usaha mama membuahkan hasil dan diberkati Allah..inshaaAllah.. nak tengok donut yang nini hasilkan?

tadaaaaaaaaaaaa..winkwink.. ^^










siap untuk dijual ^_^ amacam? ok tak? 'boleh lar..kot..' errrrrr.. huhu.. sedap taw!! ^^ Ok lar, entri kali ni trhnti d sini..lain kali nini sambung lagi dengan perkongsian yang lain pulak ^^ jumpa lagi di lain waktu.. TAKE CARE YOURSELF..

#tidak sabar menunggu kepulangan kakak dan adik perempuan beberapa hari sahaja lagi..yeay..dapat kumpul ramai-ramai ^_^

Wasalam..


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Tuesday, 15 January 2013

KEBAHAGIAAN HAKIKI =')



Assalamualaikum semua.. ^^


Hmmmmm… dah lama nini abaikan OH MY BLOG!!! ^_6 ni kan.. heeeee.. maaf maaf..tiada masa?  masa tu ada je, tapi melalut kat tempat lain.. ^_6  eh, tak de 1 pun entri pada tahun 2013? ==’ ok ok, sebagai pembuka tirai 2013(ooii..orang lain dah sibuk nak tukar tirai baru, kamu baru nak buka tirai..huhu) ada sedikit perkongsian untuk teman teman semua..


‘mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..' betulkah?


Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.


Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?


Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”

 (Q.S.An-Nahl (16) : 97).


Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahawa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal soleh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta meninggalkan larangan-Nya.


Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki.. iaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT”


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ▼  January (9)
      • BUAT AKU TAK TERMAMPU
      • ADA APA DENGAN K.U.C.I.N.G.? meeowww...
      • SWEET SANGAT!! =='
      • SELAMAT PENGANTIN BARU!
      • T_T
      • PERLUKAN BANTUAN!!!
      • --->BABY<---
      • NINI DAN DONUTNYA.. ^_^
      • KEBAHAGIAAN HAKIKI =')
  • ►  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ►  November (27)
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America