Dear diary =)
Biarlah kamu
terpaksa memilih untuk berdiam diri
Berdiam diri
daripada banyaknya bicara
Biarlah setiap
persoalan terus kekal sebagai persoalan
Persoalan yang
setia bermain dalam kotak fikiran
Biarlah setiap
pertanyaan tidak bertemu jawapannya
Kerana jawapan
yang kamu temui belum pasti kebenarannya
Biarlah kamu
tidak bersuara didepan umum
Tapi petah
berbicara mencurahkan segalanya pada yang Satu
Biarlah kamu
terus menghadiahkan senyuman kepada mereka
Senyuman yang
kamu ukirkan untuk membina kekuatan diri kamu sendiri
Biarlah..biarlah..
dan terus biarlah..
Kalau itu yang
terbaik buat mereka
mungkin yang
terbaik buat kamu satu hari nanti tanpa kamu sedar
hanya satu yang
perlu kamu tanamkan dalam diri untuk kembali berdiri teguh
KEYAKINAN
KAMU, TAKDIR HIDUP KAMU, UJIAN BUAT KAMU..
SEMUA DALAM GENGGAMANNYA..
GENGGAMAN YANG
MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENYAYANG.