-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Sunday, 20 October 2013

BUKAN SEMUA RASAKU SEDIA KAMU TAHU

Dear diary =) 


Biarlah kamu terpaksa memilih untuk berdiam diri
Berdiam diri daripada banyaknya bicara
Biarlah setiap persoalan terus kekal sebagai persoalan
Persoalan yang setia bermain dalam kotak fikiran
Biarlah setiap pertanyaan tidak bertemu jawapannya
Kerana jawapan yang kamu temui belum pasti kebenarannya
Biarlah kamu tidak bersuara didepan umum
Tapi petah berbicara mencurahkan segalanya pada yang Satu
Biarlah kamu terus menghadiahkan senyuman kepada mereka
Senyuman yang kamu ukirkan untuk membina kekuatan diri kamu sendiri
Biarlah..biarlah.. dan terus biarlah..
Kalau itu yang terbaik buat mereka 
mungkin yang terbaik buat kamu satu hari nanti tanpa kamu sedar
hanya satu yang perlu kamu tanamkan dalam diri untuk kembali berdiri teguh

KEYAKINAN KAMU, TAKDIR HIDUP KAMU, UJIAN BUAT KAMU..
SEMUA DALAM GENGGAMANNYA..
 GENGGAMAN YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENYAYANG.

my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Monday, 23 September 2013

ALLAH TEMPAT CURAHAN PERTAMA

tega ku berdiri sepanjang malam
mengintai dada langit yang tersergam
demi menitip doa dan impian
biar malam mengundang hujan
hadiahkan sejuta rintangan
hilang punca dan arah tuju
fikiran meracau tak menentu
emosi terganggu..

saat ini, wajah setiap ahli keluargaku  bersilih ganti mengambil tempat di fikiran.. :'(










Kuatlah nini!!! 
Allah bersamamu.. 
semoga Allah menjadi tempat curahan pertama..

my eyes await your return.. TQ ^_^

3 comments

Saturday, 20 July 2013

SATU NAMA SATU PILIHAN


Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku

Rencana Allah itu lebih baik dari rencanamu
Tetaplah berjuang dan berdoa
Hingga kau kan menemukan bahawa

ternyata memang Allah memberikan yang terbaik untukmu..

my eyes await your return.. TQ ^_^

2 comments

Sunday, 14 July 2013

ALLAH YANG IZINKAN IA NYA TERJADI

Assalamualaikum..

Dalam mencipta sebuah kejayaan, USAHA dan IKHTIAR yang gigih itu merupakan kunci utama.
Namun, jangan dilupa setiap USAHA dan IKHTIAR itu seakan-akan sia-sia tanpa iringan dengan DOA.
Kerana DOA itu tanda pengharapan dan pergantungan seorang hamba kepada Pencipta.
USAHA sudah, IKHTIAR juga sudah, dan tidak dilupa, iringan DOA yang tidak putus-putus.
Seterusnya marilah BERTAWAKAL kepadaNYA atas segala keputusan. In shaa Allah DIA akan memberikan yang terbaik kepada hambaNYA.
Dan REDHA lah dengan setiap yang diberikanNYA nanti..








CEO TO BE =D

my eyes await your return.. TQ ^_^

2 comments

Monday, 3 June 2013

DO THE BEST, GOD THE REST

Assalamualaikum.. ^_^

Ehem..ehem..masih smpat update blog walaupun exam tinggal beberapa hari sahaja lagi? ermmmm? =..= rehat kejap lah! mengisi masa lapang.. eh, ad lagi masa lapang saat-saat genting cm ni? Ok..ok.. nak study lar lepas ni -_- *study sangat.eh.. haha

Teman-teman yang dikasihi semua..
Markah yang didapati hasil imtihan bukanlah tujuan utama. Yang penting kefahaman  dalam pembelajaran dan hasil tatbiq dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai markah diakhirat. Itulah matlamatnya. Janganlah kita terlalu risau mengenai hal peperiksaan. Belajarlah dengan ikhlas kerana Allah dan ambillah manfaat dari ilmu-Nya.
Good luck utk semua kawan-kawan yang sedang atau bakal menghadapi ‘hari pertempuran’ Letaklah seluruh pengharapan hanya pada Allah. Yakin pada diri sendiri dan yakinlah Allah ada untuk bantu kita. In shaa Allah. Perbanyakkan doa supaya Allah permudahkan segala urusan kita. Do the best, GOD the rest.  

USAHA+DOA+TAWAKAL

~OH MY DEAN LIST, HOPE TO ‘SEE’ YOU AGAIN!~ in shaa ALLAH.. Amin..




Bakal melepaskan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.. =’)  

Wasalam..jumpa lagi.. lae:w phop khan mai kha  





my eyes await your return.. TQ ^_^

4 comments
Subscribe to: Posts (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ▼  2014 (1)
    • ▼  March (1)
      • MUNGKIN DIAM ITU LEBIH INDAH
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ►  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ►  November (27)
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America