Assalamualaikum..
Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati
kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila(oopppssss..agak kasar di situ
^_6) lebih dari itu,ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu
sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu
ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat
dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ia perlu
diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu
yang sudah berlalu dan sudah selesai.
Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua
kesedihan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa jua kegelisahan, dan tidak
akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan.. ketahuilah bahawa ia
sememangnya adalah sesuatu yang SUDAH TIADA...
~jangan bersedih~
WASSALAM ^_^
0 comments:
Post a Comment