-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Friday, 12 October 2012

INSYAALLAH..1 hari nanti!!! ^_^




Assalamualaikum,hai kawan-kawan.. ^^
Semua sihat kan? Alhamdulillah.. entri kali ini,nini nak kongsi pengalaman nini terlibat secara tak langsung dalam MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH DEKAN FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN.. pada 12 oktober 2012..macam mana nini boleh terlibat dalam majlis itu? Kisah nya macam ini..(macam cerita mari bercerita pula..huhu) pada 10 oktober 2012,nini ‘online’ dan masa itu juga ada senior yang sedang mencari 15 orang pelajar tahun 1 untuk bantu dalam majlis itu. Masa mula-mula baca post itu,hmmmmm..majlis hari jumaat,2.30-5.00 petang..ok..masa itu memang tiada kelas.dalam fikiran masa itu dah berlegar-legar ayat ‘apa salah nya kalau bantu disamping mencari pengalaman..siapa tahu dengan join secara tak langsung macam ni,nanti nini pula yang diberi peluang oleh ALLAH untuk terima anugerah itu..insyaALLAH..’ nini pun terus bagi nama dekat senior tu.hee..semangat!! nini pun ajak kawan untuk join juga..

sejam sebelum majlis itu, senior tu call cakap yang kami perlu jaga bahagian pendaftaran.tepat jam 2.30 petang,kami pun sampai di KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH,tempat berlangsung nya majlis tersebut.kami pun terus ke kaunter pendaftaran.mula-mula tu,terkial-kial juga nak mencari nya..haha.. duduk di kaunter tersebut,nini dapat lihat gelagat senior-senior yang bakal menerima anugerah dekan. Ada yang datang dengan ibu bapa masing-masing.jelas kelihatan kegembiraan di wajah ibu bapa mereka dengan kejayaan anak mereka..terus teringat dekat abah dengan mama.. ~abah,mama, insyaALLAH, angah akan pastikan abah dengan mama akan lalui saat hari ini suatu hari nanti..angah ingat lagi apa yang mama cakap dlu,’belajar bersungguh-sungguh,awak RAJA HARAPAN mama,jangan main-main’.. tinggi nya harapan mama..dan angah takkan hancurkan harapan mama tu..angah akan banggakan abah dengan mama..doakan anakmu ini..insyaALLAH~ selepas semua pelajar membuat pendaftaran, kami pun sama-sama masuk dalam dewan tersebut. Kelihatan DEKAN sudah berada di kerusinya. Selepas Dekan berucap, majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua datang jua. Kelihatan senior-senior tidak sabar-sabar untuk menerima anugerah mereka.. serius, jealous!!! Sudah terbayang-bayang nini yang akan terima anugerah tu.huhu.

Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar. Nini bersyukur sangat ALLAH bagi peluang kepada nini untuk lalui saat ini.saat yang akan nini jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan macam abang-abang dan kakak-kakak itu semua.insyaALLAH. dan yang paling penting, sebelum kami balik,kami sempat bergambar dengan DEKAN FEP, PROF.DR.NOR GHANI MD NOR..betul..tak percaya? Tengok gambar dekat bawah tu..betul kan? Jangan dengki ye..huhu.semua ini atas bantuan abang Mufaddal yang sudi wakilkan kita orang untuk minta izin bergambar dengan Dekan.. terima kasih, abang Mufaddal ^_^ jasa anda amat dihargai..heeeeee.. sampai di sini dulu coretan nini pada kali ini.. lain kali kita jumpa lagi..(tu pun kalau kawan-kawan rajin untuk buka blog nini lah.heeeee) jaga diri semua..dan jangan lupa doakan nini dapat anugerah DEKAN 1 hari nanti..huhu.. wasalam.. ^_6


Bakal-bakal penerima anugerah Dekan..insyaALLAH.. ^_^


Kami akan berjumpa Dekan lagi,bukan untuk mengambil gambar sahaja, tapi untuk mengambil anugerah juga.. insyaALLAH.. ^_^





my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ►  November (27)
    • ▼  October (12)
      • E-X-A-M
      • FEP PUNYE KIOSK!!!
      • SAYA NAK KAMU!!!
      • *SEORANG INSAN*
      • APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI.. =')
      • DEKAT MANA FEP UKM???
      • SALAM AIDILADHA
      • ~C.I.N.T.A.M.I.L.I.K.A.L.L.A.H~
      • ~KEK BISKUT MARIE~
      • INSYAALLAH..1 hari nanti!!! ^_^
      • KEMSIS!! A GROUP EXPERIENCE OF LOVE AND SUPPORT
      • M.A.A.F
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America