-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Wednesday, 10 October 2012

KEMSIS!! A GROUP EXPERIENCE OF LOVE AND SUPPORT

Assalamualaikum semua ^_^ gembira dapat berjumpa lagi..sudah lama nini tidak ‘update’ OH MY BLOG!!! ^_6 kan?huhu.maaf semua,masa tidak mengizinkan.err.. sibuk sangat ke?hujung minggu kana da masa?ooppsss.hujung minggu baru-baru ini nini pergi KEMSIS! Perghhh.BEST!KEMSIS?yela.KEMSIS..KEMBARA SISWA SISWI. Untuk makluman semua,pada 5-7 oktober 2012, EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN PMFEP telah menganjurkan KEMSIS untuk pelajar-pelajar tahun 1 FEP.KEMSIS tahun ini disertai oleh 51 peserta yang di uruskan oleh senior-senior yang memang 'THE BEST!'.KEMSIS ini telah diadakan di BERHULU CAMP,SERTING ULU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.jauh kan?sampai tertidur nak ke sampai kat sana.heee.sampai kat sana,kami semua bersama-sama mendirikan khemah.Seronok masing-masing tolong-menolong.Pada malam nya,dimulakan dengan slot ‘zero to hero’. Masa ni,abg Muzammil, mantan presiden PMFEP dan semestinya produk dari KMP yang datang utk kongsi pengetahuan dengan kami yang sememangnya ZERO,tapi nak jadi HERO.^^
  
kami dibahagikan kumpulan dan nama kumpulan nini.KETAM ^_6 macam biasa lah,ada sesi ramah mesra sesama ahli kumpulan.terima kasih Abg Mufaddal dan kak Nurin yang sudi jadi fasi kami setelah penat lelah memujuk..pengalaman yang tak dapat dilupakan saat kena pujuk abg Mufaddal dan kak Nurin pula kenakan kami sehabis-habisnya.bukan fasi ye kak. ^_6.Keesokan harinya,seawal jam 5.30 pagi,kami solat berjemaah di dewan.(dewan tu lah tempat makan,dewan tu lah tempat solat, dewan tu lah tempat buat aktiviti dan dewan tu lah yang mencipta seribu kenangan)masa makan,paling best!! kenapa?sebab kami makan dalam dulang besar ramai-ramai.1 dulang 5 orang.dan sebelum makan,akan terdengarlah ayat‘suapan 1 untuk kawan sebelah kanan,suapan 2 untuk kawan sebelah kiri,suapan 3 untuk diri sendiri’ masa mula-mula kena buat macam tu,malu ada,segan pun ada.kali kedua,malu lagi.masuk kali ke 3,belum suruh dah buat dah.haha.mana nak dapat pengalaman macam tu.sudah je makan,kami main permainan tuju kasut dengan galah panjang..serius,first time!!sebelum ni,mana pernah tahu pasal permainan tu.seronok sangat.tak berhenti gelak.

Dah puas main kan,haaa sekarang,masuk slot 2 ‘stairway to heaven’.slot ini banyak bagi kesedaran kat nini.Terasa kerdil diri ini saat itubetul-betul rasa macam nak mengalir airmata teringatkan kelalaian diri dalam mengejar keseronokan hidup remaja =’(  Hari tu juga,kami diminta untuk membina ‘bangunan’ setinggi,sekukuh,sestabil yang boleh dengan menggunakan kertas.Macam-macam bentuk ada.Kreatif!! petang tu,memang best,ada aktiviti ‘Running man’.ala-ala explorace tu.teruk kita orang ‘kena’ masa ni.kena makan telur mentah,minum air garam,kena buat kapal kertas,kena berendam dalam lumpur pun ad.semua kena berendam masa tu.NO EXCUSE!!Masa kena masuk dalam lumpur tu,fikir kotor lah,geli lah,segala bagai lah fikir,tapi sekarang bila ingat-ingat semula,rindu.part last sekali seronok sebab ramai-ramai mandi dekat 'air terjun' sambil bergelak ketawa. Best nya time tu =’) malam tu pula,kami buat aktiviti ala-ala jigsaw puzzle macam tu.katanya Hidayat sesudah habis main ‘buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat’ amekaw!!!haha..

‘kamu semua boleh balik ke khemah,tidur,rehat cukup-cukup sebab pukul 4 pagi nanti dah kena bangun,solat tahajjud dan kita akan ber’night walk’. Abg Shafiq dah bagi arahan.4 pagi??ber ‘night walk’?? iya,pukul 4 pagi keesokan hari,kami semua solat tahajjud.Tapi,kali ni,kami solat di atas jalan raya beralaskan kain batik.kenapa? dewan kan ada?Abg Shafiq cakap,memang sengaje solat kat situ untuk menyedarkan kami bahawa solat boleh dilakukan dimana-mana sahaja.tiada alas an untuk meninggalkan solat.Bagus kan pendekatan yang senior-senior buat untuk menyedarkan kami.Tiba lah masa untuk night walk. Kami diikat dengan benang seramai 6 orang 1 kumpulan.Boleh bayangkan macam mana pergerakan kami??Susah..tapi itulah gunanya keluarga kan?Saling berkerjasama.dari situ,kami belajar erti tolong menolong, berkerjasama, disiplin, erti persahabatan, kekeluargaan.aktiviti tu juga membuatkan nini terfikir,macam mana lah orang yang hidup serba kekurangan terpaksa masuk hutan harungi kepayahan,bahaya semata-mata untuk mencari rezeki.belajarlah bersyukur,nini.

seterusnya ialah persembahan bakat.masing-masing mula menunjukkan bakat yang terpendam..cewah!!kumpulan nini persembahkan tajuk OH MY ENGLISH!! walaupun tak menang,tapi sejujurnya memang bangga lah dengan geng ketam ni.semangat tu penting.menang kalah lain cerita.huhu.(ayat sedapkan hati..heeee)lepas persembahan,diadakan sidang pleno.masa ni,dapat lah tengok pendebat-pendebat begitu bersemangat mengeluarkan hujah dan membidas pandangan pihak lain.Masing-masing tak nak mengalah.panas sekejap suasana.huhu.Tepat jam 11 pagi,majlis penutup pun bermula.hmmm. sedih sangat masa ni sebab sedar sekejap lagi dah nak balik.Majlis ditutup oleh pemilik Berhulu Camp, En Mohd Hanif.Part last sekali memang happy sebab kami semua nyanyi lagu CERITA HATI ramai-ramai..2 kali tu.sebelum bertolak pulang,kami ramai-ramai sempat merakamkan memori yang tak kan kami lalui bersama-sama lagi. =’)

~sampai sekarang masih ternyiyang-nyiyang di telinga lagu tema KEMSIS, CERITA HATI~   
        


MY FAMILY…
semoga ukhwah antara kita terus berkekalan..insyaALLAH

kenapa 1 jer gambar? sebenarnya gambar yang ada lebih kurang 600 lebih..banyak tu!! tapi,nini tak sempat nak masukkan lagi dalm entri kali ni..insyaALLAH,entri seterusnya akan nini masukkan semua kenangan dan memori yang tercipta sepanjang di KEMSIS..tunggu je ok.. ^_^ sampai disini dulu entri kali ini..


buat abang,kakak,dan kawan-kawan yang join KEMSIS,

ranjau kehidupan ini terlalu sukar untuk ditempuhi tanpa kalian disisi..

thing change,people change, and it doesn’t mean I forget the past or try to cover it up..it simply mean that I move on, treasure all the MEMORIES.. 
I can't express to you in words, how much you all mean to me..^_^
terima kasih sebab hadiahkan nini sebuah pengalaman dan kenangan yang nini tak kan lupa sampai bila-bila..


assalamualaikum.. ^_6


my eyes await your return.. TQ ^_^

2 comments:

Unknown said...

nice...mcm baca novel pula...hehe

14 October 2012 at 04:04 Reply To This Comment
Unknown said...

thnx dayat =) blog dayat pn pe kurg nye.. TERBAIK!!!

14 October 2012 at 05:12 Reply To This Comment

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ►  November (27)
    • ▼  October (12)
      • E-X-A-M
      • FEP PUNYE KIOSK!!!
      • SAYA NAK KAMU!!!
      • *SEORANG INSAN*
      • APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI.. =')
      • DEKAT MANA FEP UKM???
      • SALAM AIDILADHA
      • ~C.I.N.T.A.M.I.L.I.K.A.L.L.A.H~
      • ~KEK BISKUT MARIE~
      • INSYAALLAH..1 hari nanti!!! ^_^
      • KEMSIS!! A GROUP EXPERIENCE OF LOVE AND SUPPORT
      • M.A.A.F
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America