-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Friday, 30 November 2012

KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA



Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah nak masuk entri yang ke 44.. Nampak tak begitu rajinnya Nini melayan OH MY BLOG!!! ^_6 angkat bakul sendiri nampak =p

Apa yang nak dikongsikan pada entri kali ni?



Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,

Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,

Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Thursday, 29 November 2012

S.Y.U.K.U.R


Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.


wasalam..^_6



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 28 November 2012

...KARNIVAL FEP...



Assalamualaikum,hai..^^

Entri kali ni khas ditujukan kepada semua student 1st year FEP UKM..



Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK program karniFEP anjuran Exco Akademik dan Exco Keusahawanan PMFEP yang akan diadakan pada 4-9 Mac 2013? 


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

SPECIAL UNTUK ALANG

Assalamualaikum semua ^^

Awak,iya awaklah,awak lah,iya awaklah yang baca entri ni..nini cme nak cakap thank kat awak sebab sudi tengok-tengokkan OH MY BLOG!!! ^_6 THANK YOU SO MUCH..


Entri kali ni nini nak kongsi cerita tentang kenangan manis yang tercipta bersama yang tersayang.. TERSAYANG?? Siapa? Winkwink..^_^ Semestinya bersama Along(Mohd Shafiq Mahadzir), Angah(Hanis Syazwani Othman) dan Alang(Soleha Hanis Ali) Whatever I do, I have them to give me support..


Satu pertemuan mencipta seribu kenangan, melahirkan sebuah memori terindah, mengukuhkan ikatan persaudaraan disamping mengharapkan keredhaan Allah disebalik pertemuan tersebut..in shaa Allah ^_^ nak tahu apa cerita disebalik pertemuan tersebut? Baca entri ni sampai habis ^^

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Tuesday, 27 November 2012

R>E>D>H>A


Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.

Assalamualaikum..^_6



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Sunday, 25 November 2012

PERITNYA SEMUA NI ='(



Berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni..=’( apa yang berlaku,pasti ada hikmahNYA,nini.. bersabarlah.. serahkan semuanya kepada ALLAH.. Dia lebih mengetahui..=’(

Wasalam..=’)

my eyes await your return.. TQ ^_^

3 comments

...SUATU PERJALANAN...


Assalamualaikum semua.. ^_^




HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.


Moga jumpa di lain waktu..in shaa ALLAH.. wasalam..


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

DIDIKAN PENCIPTA


Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. 
-Memanusiakan seorang manusia!-



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Saturday, 24 November 2012

SI DIA

Rindu budak ni sangat-sangat 


MUHAMMAD ZAZA ADHWA BIN YUSOF

Oowww..mai KL tak jenguk pun angah kat UKM ni..fine!! pergi SOGO,ICT tanpa angah.. sedih =’( mana janjimu,yang kau lafazkan dulu.. =p hepi sangat lar tu dapat jalan-jalan sampai lupa kat angah.. =’) gembira dengar kamu pergi berjalan-jalan setelah sekian lama kamu nantikan nya.. ^_^ walaupun tanpa angah -___-  happy for u,my brother.. 

wasalam..


my eyes await your return.. TQ ^_^

2 comments

PLEASE,KAWAL IA!!


“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Thursday, 22 November 2012

FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~



Assalamualaikum, teman semua ^_6




Bangkitlah jika Allah menyuruh kamu bangkit, dan duduklah jika Dia menyuruh kamu duduk. Bersabarlah ketika Allah menjadikan kamu sebagai orang miskin, dan bersyukurlah Dia menjadikan kamu orang yang kaya.


Itu semua akan menjadi kenyataan dengan ikrarmu ‘Aku rela Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabiku’. Inilah ikrar seorang mukmin yang berserah secara penuh imannya.


Janganlah merasa kamu mampu mengatur dirimu kerana orang yang pandai mengatur pun boleh binasa..



wasalam


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 21 November 2012

TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH


Assalamualaikum semua..^_^

Yeay!! Budak ni kenapa? -_- heeee.. gembira+bersyukur sangat sebab akhir-akhir ni, makin dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah.. hooray!! Boleh tambahkan duit simpanan untuk mengerjakan Haji.. In Shaa Allah ^_6 semoga nini dan keluarga menjadi  manusia pilihan Allah untuk ke sana..Amin..^^  doakan nini erk..

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Tuesday, 20 November 2012

TERES EKO NIAGA ~_0


Assalamualaikum semua..^^


Hmmm..agak lama nini tak post tentang FEP kan? Setelah sekian lama menyepi, menyepi daripada bercerita tentang FEP lah, entri kali ini nini nak cerita tentang Teres Eko Niaga.. kwan-kawan tahu tak apa itu Teres Eko Niaga? Sejujurnya, nini sendiri tak tahu pada awalnya.heeeee^_^ bila orang cakap Teres Eko Niaga, nini siap tanya lagi kat mana tu? Sekali dibalas, ‘tempat awak makan hari-hari tu lar -_- ‘ haaaa..kan dah kena ^^


Kalau kawan-kawan nak tahu, Teres Eko Niaga UKM telah dibina berhampiran dengan Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan bermula akhir tahun 2007. Pembinaan Teres Eko Niaga ini adalah hasil kerjasama di antara UKM dengan Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi (MECD) pada suatu masa dahulu. Pusat Perkembangan Pelajar telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan menguruskan dan memantau operasi perniagaan. Pada asalnya hanya 5 buah kiosk yang telah siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM 300,000 .  Namun di atas kesedaran dan kebijaksanaan yang berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah  Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor  UKM tentang kepentingan melahirkan usahawan di kalangan  siswazah khususnya pelajar-pelajar UKM,  maka UKM telah membina 4 lagi kiosk baru yang telah siap dibina pada bulan Julai 2009.

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!





my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Monday, 19 November 2012

SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU


Sejak zaman Nabi Adam hingga makhluk terakhir ciptaan Allah, tidak pernah ada 2 orang yang betul-betul sama. Lantas,mengapa masih ada orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan orang lain?



my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

KENANGAN YANG TERUKIR


Assalamualaikum semua ^_6
Entri kali ini nini nak kongsi cerita,pengalaman,memori,kenangan yang tercipta sepanjang cuti sem baru-baru ni..jom baca!! ^_^


Tepat jam 9 malam(8 nov) nini pun bertolak pulang ke Terengganu..driver nini begitu berhati-hati ketika memandu..DRIVER BAS!!!huhu.. sepanjang perjalanan, nini banyak habiskan masa dengan……TIDUR =0 heay,nini demam lah masa tu..baru je TERPAKSA telan ubat.. bila badan dah diisi dengan ubat, jawabnya tidurlah..huhu.. masa ni,malu ada,segan ada,yelah, kawan nini tak tidur sepanjang perjalanan sebab jagakan nini..jaga erk? baiknya dia ^_^  haha ok ..ok..thank,awak..


Lebih kurang jam 4 pagi, nini pun selamat sampai..oh..home sweet home..yeay!!! sampai rumah, sambung tidur balik.. KEPALA PENING LAGI!!! Pukul 6,macam biasa, solat subuh, dan SAMBUNG TIDUR BALIK!!!haha.. teruknya anak dara ni.. demam ok!! (Alasan tu je yang dia guna dari tadi ^_6) tengah best-best tidur, tiba-tiba ‘KOMPANG DIPALU,PENGANTIN BARU…..’ weeeeeeeeiiiii,siapa pula kahwin ni? Nini mimpi nini kahwin lah =0 haha.. ok, itu mengade..=p jiran nini kahwin lah. Comelnya pengantin perempuan tu..wink-wink.. sesuai dengan suaminya..semoga kekal ke akhir hayat..amin..

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Sunday, 18 November 2012

BUNUHLAH IA!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tahukah kalian, orang-orang yang banyak waktu kosong dalam hidupnya, biasanya akan menjadi penyebar desas-desus dan khabar angin yang tidak mendatangkan manfaat. Kenapa? Hal ini kerana akal fikiran mereka ketika itu selalu melayang layang tidak tentu arah.


Keadaan yang paling bahaya bagi akal adalah apabila tuan punya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu tidak ubah seperti kereta yang berjalan dengan sangat laju tanpa pemandu…yang akan mudah terbabas ke kanan atau ke kiri.

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Saturday, 17 November 2012

BYE~HAI



Perkara yang paling tidak dinanti nanti..=____= walawei, cuti dah habis.. esok dah bertolak balik ke ukm..  semoga semuanya berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi.. ^_^ Amin..

Bye,home.. =(
Hai,ukm.. -________-







my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

JOM KITA MENUJU SUCCESS..


assalamualaikum..
Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket ^_^

wasalam.. 

my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Friday, 16 November 2012

TANGISAN

Salam sayang semua..^^




Tangisan selalu dikaitkan dengan fenomena kesedihan dan penyesalan. Malah,tangisan manusia itu melambangkan keadaan normal yang berlaku pada setiap insan. Tiada manusia yang tidak pernah menitiskan air mata. Ini kerana kita sebagai manusia pasti menempuh hari ataupun masa yang sedih.



my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Wednesday, 7 November 2012

~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~







Astaghfirullah..
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat Dia mengatakan kepada kita


I          love          you          my          servant!

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..


Assalamualaikum..


3/11


‘Angah,esok birthday Along..jom celebrate birthday Along..kasi surprise untuk along’


*mesej dihantar*


‘jom jom.. ajak Alang sekali tau’


*mesej diterima*


Eeerrrr..siapa Along,Angah,Alang ni? Ok,kalau kawan-kawan nak tahu,adik beradik nini dah bertambah =0 huhu.. macam mana boleh jadi macam tu? Yang tu nini cerita lain kali,ok? Panjang ceritanya..huhu..1st time nini ada abang(Along), dapat kakak baru(Angah) dan ada adik yang sama umur(Alang) dan nini jadi Acik..^_^

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
2 comments

Tuesday, 6 November 2012

BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN




Kita kadang-kadang terlalu disuapkan dengan HIBURAN sehingga lupa segalanya
Kadang-kadang pengaruh hiburan itu lebih hebat dari pengaruh tokoh-tokoh pejuang Islam.
Mengapa dan kenapa kita semakin lalai dengan arus dunia?
Sedangkan Yahudi dan musuh-musuh Islam sedang mentertawakan kita akibat kelalaian kita sehingga lupa untuk berjuang...
Ya! Kita pernah kata hiburan tak salah.
Kata-kata ini tiada salahnya untuk kita berhibur
Tapi, tak cukup-cukup lagi ke dengan hiburan selama ni?
Berhiburlah sekadarnya
Sekarang masa untuk berjuang


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

APAM POLKADOT..


Assalamualaikum kawan-kawan..

Entri kali ini nini nak kongsikan resepi lagi.. hehe.. APAM POLKADOT.. resepi ni kira baru juga nini cuba..tapi tak lah baru sangat..  hehe.. 1st time buat dengan mama nini masa majlis bacaan yasin kat rumah tok nini.. lepas tu, terus dapat tempahan untuk majlis kesyukuran keluarga.. =0 wowwww… dapat tempahan tu..huhu..alhamdulillah..^_^ kawan-kawan boleh mencuba resepi.. mana tahu nanti boleh buat bisnes..boleh buat duit tu.. Nampak tak otak pelajar akaun+bisnes+ekonomi kat situ..huhu..ok, ni ambil resepi ni dan selamat mencuba!!

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Monday, 5 November 2012

P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI

Assalamualaikum..



Pernikahan adalah seperti sekolah,suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana anda dan pasangan anda akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik dan membuat suatu kerjasama yang solid. Allah tidak memberikan pasangan yang sempurna kerana kita tidak sempurna.. Allah memberikan seseorang yang dapat tumbuh bersama..^^,


nini post pasal pernikahan??? Fewit..fewit.. apa maksud??? Wink wink…  +______+ maksud apa nya? Saja-saja je la.. hehe..

bye..wasalam..jaga diri semua..^_6




my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Saturday, 3 November 2012

CINTA -----> AMANAH


 Assalamualaikum..



Peringatan kepada diri sendiri supaya tidak mengulangi kesilapan dulu yang terlalu leka sebagai seorang remaja =’) 





my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ▼  November (27)
      • KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA
      • S.Y.U.K.U.R
      • ...KARNIVAL FEP...
      • SPECIAL UNTUK ALANG
      • R>E>D>H>A
      • PERITNYA SEMUA NI ='(
      • ...SUATU PERJALANAN...
      • DIDIKAN PENCIPTA
      • SI DIA
      • PLEASE,KAWAL IA!!
      • FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0
      • ~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~
      • TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH
      • TERES EKO NIAGA ~_0
      • PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!
      • SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU
      • KENANGAN YANG TERUKIR
      • BUNUHLAH IA!!!
      • BYE~HAI
      • JOM KITA MENUJU SUCCESS..
      • TANGISAN
      • ~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~
      • WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..
      • BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN
      • APAM POLKADOT..
      • P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI
      • CINTA -----> AMANAH
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America