-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Tuesday, 20 November 2012

TERES EKO NIAGA ~_0


Assalamualaikum semua..^^


Hmmm..agak lama nini tak post tentang FEP kan? Setelah sekian lama menyepi, menyepi daripada bercerita tentang FEP lah, entri kali ini nini nak cerita tentang Teres Eko Niaga.. kwan-kawan tahu tak apa itu Teres Eko Niaga? Sejujurnya, nini sendiri tak tahu pada awalnya.heeeee^_^ bila orang cakap Teres Eko Niaga, nini siap tanya lagi kat mana tu? Sekali dibalas, ‘tempat awak makan hari-hari tu lar -_- ‘ haaaa..kan dah kena ^^


Kalau kawan-kawan nak tahu, Teres Eko Niaga UKM telah dibina berhampiran dengan Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan bermula akhir tahun 2007. Pembinaan Teres Eko Niaga ini adalah hasil kerjasama di antara UKM dengan Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi (MECD) pada suatu masa dahulu. Pusat Perkembangan Pelajar telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan menguruskan dan memantau operasi perniagaan. Pada asalnya hanya 5 buah kiosk yang telah siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM 300,000 .  Namun di atas kesedaran dan kebijaksanaan yang berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah  Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor  UKM tentang kepentingan melahirkan usahawan di kalangan  siswazah khususnya pelajar-pelajar UKM,  maka UKM telah membina 4 lagi kiosk baru yang telah siap dibina pada bulan Julai 2009.


Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) yang dipertanggungjawabkan untuk membina, mengurus dan memantau operasi perniagaan di Teres Eko Niaga telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Teres Eko Niaga UKM sebagai suatu Pusat latihan keusahawanan ataupun dipanggil Pusat inkubator di UKM. Teres Eko Niaga merupakan Pusat latihan keusahawanan yang lebih bersifat praktikal di mana para pelajar yang ingin menjalankan perniagaan di Teres Eko Niaga UKM dikehendaki membuat satu rancangan perniagaan untuk dibentangkan kepada jawatankuasa penilai yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM. Para pelajar yang berjaya akan diberikan kontrak perniagaan selama dua tahun untuk menjalankan perniagaan di Kiosk Teres Eko Niaga.


Matlamat utama pembinaan Teres Eko Niaga adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya pelajar UKM untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pengajian. Diharap dengan wujudnya program, latihan dan pengalaman perniagaan ataupun keusahawanan yang disediakan  maka akan lebih ramailah graduan UKM yang akan terlibat dalam keusahawanan dan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara seterusnya menjadi negara maju pada tahun 2020.


Syarat-syarat untuk menjalankan Perniagaan di Teres Eko Niaga:

1. Peniaga merupakan Pelajar Pra Siswazah UKM

2. Perniagaan yang dijalankan mestilah berbentuk perkongsian dan di antara pelajar  Tahun 3, Tahun 2 dan Tahun 1

3. Barangan yang boleh dijual di kiosk tersebut adalah adalah berkonsepkan makanan dan minuman.


Itu sahaja untuk kali ini. semoga ia dapat memberikan pengetahuan kepada kawan-kawan semua.. sampai ketemu lagi di lain masa.. In Shaa Allah ^_6



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ▼  November (27)
      • KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA
      • S.Y.U.K.U.R
      • ...KARNIVAL FEP...
      • SPECIAL UNTUK ALANG
      • R>E>D>H>A
      • PERITNYA SEMUA NI ='(
      • ...SUATU PERJALANAN...
      • DIDIKAN PENCIPTA
      • SI DIA
      • PLEASE,KAWAL IA!!
      • FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0
      • ~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~
      • TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH
      • TERES EKO NIAGA ~_0
      • PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!
      • SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU
      • KENANGAN YANG TERUKIR
      • BUNUHLAH IA!!!
      • BYE~HAI
      • JOM KITA MENUJU SUCCESS..
      • TANGISAN
      • ~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~
      • WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..
      • BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN
      • APAM POLKADOT..
      • P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI
      • CINTA -----> AMANAH
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America