-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Monday, 19 November 2012

KENANGAN YANG TERUKIR


Assalamualaikum semua ^_6
Entri kali ini nini nak kongsi cerita,pengalaman,memori,kenangan yang tercipta sepanjang cuti sem baru-baru ni..jom baca!! ^_^


Tepat jam 9 malam(8 nov) nini pun bertolak pulang ke Terengganu..driver nini begitu berhati-hati ketika memandu..DRIVER BAS!!!huhu.. sepanjang perjalanan, nini banyak habiskan masa dengan……TIDUR =0 heay,nini demam lah masa tu..baru je TERPAKSA telan ubat.. bila badan dah diisi dengan ubat, jawabnya tidurlah..huhu.. masa ni,malu ada,segan ada,yelah, kawan nini tak tidur sepanjang perjalanan sebab jagakan nini..jaga erk? baiknya dia ^_^  haha ok ..ok..thank,awak..


Lebih kurang jam 4 pagi, nini pun selamat sampai..oh..home sweet home..yeay!!! sampai rumah, sambung tidur balik.. KEPALA PENING LAGI!!! Pukul 6,macam biasa, solat subuh, dan SAMBUNG TIDUR BALIK!!!haha.. teruknya anak dara ni.. demam ok!! (Alasan tu je yang dia guna dari tadi ^_6) tengah best-best tidur, tiba-tiba ‘KOMPANG DIPALU,PENGANTIN BARU…..’ weeeeeeeeiiiii,siapa pula kahwin ni? Nini mimpi nini kahwin lah =0 haha.. ok, itu mengade..=p jiran nini kahwin lah. Comelnya pengantin perempuan tu..wink-wink.. sesuai dengan suaminya..semoga kekal ke akhir hayat..amin..


Hari hari seterusnya berlalu dengan hanya bersantai di rumah..hehe.. tengok movie, main game, dengar radio, makan makan makan..hehe.. tak study? Dah tu, yang bawa balik buku 1 beg tu untuk pe? Eeeerrrrr…hello,nini study ok!! huhu.. tapi tak ada lah sampai setiap malam stay up untuk study.. 4 malam je.. ^_6


Hari ke 5 di Terengganu, mak saudara dan anaknya selamat sampai dari mengerjakan Haji.. Alhamdulillah.. ada lah majlis makan sikit-sikit.. ada nasi kuning dengan soto.. nak tahu, 2 kali nini makan soto dan 2 kali nini makan nasi kuning..=0 sah,kuat makan!! Haha..nak balik rumah, sempat lagi makan untuk kali terakhir..huhu..lama tak jumpa semua ni..kat ukm,mana nak rasa semua ni. ^_6


Hari berikutnya berlalu dengan agak suram.. demam nini makin teruklah.. ok,fine..padah susah sangat nak makan ubat.. ^_6  kalau boleh 24 jam nak baring je.. memang tak bermaya langsung.. =( 3 hari juga lah rasanya nini ‘berkawan’ dengan demam ni. Hari jumaat, malam nya, nini dah ok sikit sebab family nini adakan BBQ..heeeeee.. bukan secara besar-besaran pun.. family nini je,simple-simple je kita orang buat dekat halaman dapur rumah.. ^_^ TERBAIK! Mengimbau kenangan dulu dan mencipta memori baru. ^_6  memang tersangat best! Super duper the best! Banyak peristiwa lucu yang membuatkan kami tak berhenti gelak. Lupa sekejap badan yang masih panas.. u’re my everything..love all of u..


Pagi ahad, tepat jam 10.30 pagi, driver nini(masih driver bas..hehe) kembali membawa nini untuk pulang ke ukm. Kali ni,nini balik SORANG-SORANG!! Belajar lah berdikari,cik nini oiii.. ^_6 yang seronoknya, bertolak jam 10.30,sepatutnya sampai dalam pukul 7 macam tu, tapi disebabkan jalan yang agak sibuk, dan driver tu pandu bas dengan begitu berhemah sekali(-_- slow nya), nini sampai ukm jam 10 malam. PERGHHHH 12 JAM DALAM BAS!! Tapi, Alhamdulillah, nini sampai dekat ukm dengan selamat ^_^ dan bersedia untuk kembali mencari ilmu =)


Itu sahaja serba sedikit pengalaman nini ketika cuti sem yang hanya 1 MINGGU.. ^_^  jumpa lagi di lain waktu..wasalam..









my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ▼  November (27)
      • KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA
      • S.Y.U.K.U.R
      • ...KARNIVAL FEP...
      • SPECIAL UNTUK ALANG
      • R>E>D>H>A
      • PERITNYA SEMUA NI ='(
      • ...SUATU PERJALANAN...
      • DIDIKAN PENCIPTA
      • SI DIA
      • PLEASE,KAWAL IA!!
      • FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0
      • ~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~
      • TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH
      • TERES EKO NIAGA ~_0
      • PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!
      • SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU
      • KENANGAN YANG TERUKIR
      • BUNUHLAH IA!!!
      • BYE~HAI
      • JOM KITA MENUJU SUCCESS..
      • TANGISAN
      • ~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~
      • WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..
      • BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN
      • APAM POLKADOT..
      • P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI
      • CINTA -----> AMANAH
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America