-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Wednesday, 28 November 2012

SPECIAL UNTUK ALANG

Assalamualaikum semua ^^

Awak,iya awaklah,awak lah,iya awaklah yang baca entri ni..nini cme nak cakap thank kat awak sebab sudi tengok-tengokkan OH MY BLOG!!! ^_6 THANK YOU SO MUCH..


Entri kali ni nini nak kongsi cerita tentang kenangan manis yang tercipta bersama yang tersayang.. TERSAYANG?? Siapa? Winkwink..^_^ Semestinya bersama Along(Mohd Shafiq Mahadzir), Angah(Hanis Syazwani Othman) dan Alang(Soleha Hanis Ali) Whatever I do, I have them to give me support..


Satu pertemuan mencipta seribu kenangan, melahirkan sebuah memori terindah, mengukuhkan ikatan persaudaraan disamping mengharapkan keredhaan Allah disebalik pertemuan tersebut..in shaa Allah ^_^ nak tahu apa cerita disebalik pertemuan tersebut? Baca entri ni sampai habis ^^


Pada 9 November, telah genap 19 tahun umur Alang. Saat ini, begitu ramai kawan-kawan Alang menghadiahkan ucapan ‘selamat hari lahir,happy birthday,sanah helwah’..tapi, tiada sebarang ucapan dari Along,Angah dan Acik..kenapa? haaaaaaaa…sebab kami nak buat ‘SURPRISE!!!’ winkwink..kesian Alang, lama kami ‘berdiam diri’.. bukan salah Acik,taw Alang.. heeeee.. ^_^


*19 hari kemudian* (lama nyaaaaaaaaa)


Pada 27 November, plan untuk kenakan Alang dimulakan.


*Along sedang menghubungi Alang*


~panggilan tidak dijawab~


*mencuba sekali lagi*


~masih tidak dijawab~


????? Alang pergi mana ni????


*cuba menghubungi Alang sekali lagi*


Dan akhirnya….panggilan disambut..fuh!!! lega…


‘assalamualaikum,Alang dekat mana ni? Datang bilik seminar 2 sekejap..ada meeting.. bagitahu dekat Acik jugak taw’


*Tidak sampai  5 minit Acik terima 1 mesej daripada Alang*


‘salam..Acik,ada meeting dekat bilik seminar 2 sekarang’ heeeee..Alang Alang.. tidak sedarkah Alang kami sedang kenakan Alang..huhu.. supaya tidak terkantoi, Acik bagitaw lar dekat Alang yang Acik datang lambat sikit sebab ada discussion..kihkih..dan ALANG PERCAYA!! Hihi.. Acik pun pe lagi, terus cari port untuk bersembunyi sekejap. Along dan Angah terus siap-siap sembunyikan kek,hadiah kat bawah meja.


Disebabkan komitmen yang tinggi daripada Alang, tak sampai 10 minit, Along call Acik inform yang Alang dah sampai dan Acik boleh datang sekarang. Tanpa rasa bersalah, Acik pun masuk bilik seminar tu. Masuk-masuk,tengok semua dah ready kononnya nak meeting..cewah!! terpaksa lah buat muka bersalah kononnya sebab datang lambat. Dan… Along tiba-tiba ‘sound’ Acik sebab apa datang lambat..(agak-agak lah Along =p sikit-sikit sudah lah =p) meeting pun dimulakan. Masing-masing menunjukkan muka yang begitu SERIUS. Nak tergelak tengok muka sorang-sorang =0 yang pasti, muka Alang memang serius dan begitu bersemangat dengar apa yang Along dan Angah cakap.=) bila Along mula tunjukkan muka blurrr nya, (tak ada idea nak cakap apa lah tu)Angah pulak dah mula tunjukkan signalnya, akhirnya lakonan selesai bila Angah mula keluarkan hadiah untuk Alang. Acik memang tabik spring lah dengan cara Along nak sampaikan tujuan sebenar meeting tersebut.. mak ngadu ea, Long ^_6   Yeay!! Akhirnya, dapat tengok muka Alang yang blurrrr gler!! Haha.. kesian Alang. Acik tak bersalah,taw. ^_^ gembira tengok Alang tersenyum. 
‘meeting’ diteruskan dengan……sembang kosong lar.macam biasa lah kalau dah kumpul, tak sah kalau tak ada yang menyimpang dari tujuan asal..hehe..merapatkan ukhuwah. Sudah selesai semuanya, ‘meeting’ ditutup oleh Along.

Sebenarnya kan, plan asal kami nak kenakan Alang lagi teruk taw.. tapi, tak jadi.. mulanya kecewa jugak bila dah plan,tapi tak jadi.. tapi,(banyak nya tapi -,-) kita manusia yang hanya mampu untuk merancang.mungkin ada hikmah kenapa Allah tak izinkan kami buat plan tu. Sehebat mana pun plan kita,seyakin mana pun kita yang plan tu akan ‘menjadi’, tapi,kalau ALLAH tak izinkan,maka tak jadi lah. ^_6

Itu sahaja yang dapat nini kongsikan dengan kawan-kawan. Maaf atas segala kekurangan dalam perkongsian tersebut. Kalau nak cerita detail, 2 hari baca pun tak habis habis lagi ^_^ jadi,terpaksa diringkaskan..


Buat Alang, Selamat Hari Lahir yang ke-19..

Usia yang Allah kurniakan ini,hiasilah ia dengan amalan yang murni, semoga ia menjadi temanmu di akhirat nanti. Sayang Alang ^_^


Ukhuwah adalah cinta yang mengalir melalui keimanan, bersemi dengan pupuk nasihat, terawat dalam doa, dan berbuah dalam pertemuan di syurga.

Ukhuwah adalah menguatkan, menjaga, memperbaiki, memberi, menghilangkan kelalaian dan saling mengingatikan. Semoga Allah memperkukuhkan persaudaraan kami (Along,Angah,Acik&Alang)


Buat Along, Angah, Alang..

ACIK SAYANGGGGGG SANGAT ABANG,KAKAK DAN ADIK ACIK NI ^^


Wasalam..




my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ▼  November (27)
      • KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA
      • S.Y.U.K.U.R
      • ...KARNIVAL FEP...
      • SPECIAL UNTUK ALANG
      • R>E>D>H>A
      • PERITNYA SEMUA NI ='(
      • ...SUATU PERJALANAN...
      • DIDIKAN PENCIPTA
      • SI DIA
      • PLEASE,KAWAL IA!!
      • FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0
      • ~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~
      • TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH
      • TERES EKO NIAGA ~_0
      • PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!
      • SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU
      • KENANGAN YANG TERUKIR
      • BUNUHLAH IA!!!
      • BYE~HAI
      • JOM KITA MENUJU SUCCESS..
      • TANGISAN
      • ~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~
      • WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..
      • BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN
      • APAM POLKADOT..
      • P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI
      • CINTA -----> AMANAH
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America