Wah wah wah.. cuba tengok kat tepi
tu..yang kat sebelah kiri tu.. ENTRI YANG KE-50!! Winkwink.. biar betul. Siapa
entah dulu yang asyik merungut tak suka blog segala bagai ni.. tak suka,tapi
post dah sampai 50 --_-- haha.. suka-suka je.. baiklah, sempena menyambut
kedatangan entri yang ke 50 ni, apa yang nak dikongsikan?
PENCURI?? siapa pencuri? Apa yang
dicuri? Kenapa mencuri? dimanakah tempat mencuri? Dan yang paling penting,
kenapa post pasal pencuri? ^^ hanya sekadar berkongsi pengetahuan bersama
teman-teman semua.. ^_^
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud,
"Seburuk-buruk pencuri ialah yang
mencuri dalam solat. Sahabat bertanya, bagaimana mereka mencuri dalam solat?
Rasulullah menjawab, mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka (sujud dan
rukuk dengan pantas, tiada toma’ninah)" (H.R. Ahmad , At Thabarani
dan Ibnu Khuzaimah)
Mungkinkan kita salah seorang daripada pencuri tersebut? Jika ya, masihkan kita ingin meneruskan rutin tersebut? Mahukah kita terus digelar sebagai seorang pencuri? Fikir-fikirkan lah.. renungan buat diri sendri dan kawan-kawan semua.. ^_6
wasalam..
0 comments:
Post a Comment