-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Wednesday, 12 December 2012

~~JALAN MENUJU CINTANYA~~



Mengapakah wajib kita mencintai Allah? Jika ya! Bagaimana caranya? Mungkinkah kita mencintai dan berbual bicara dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat wujudnya?

Mencintai dan berbicara dengan Allah mempunyai pengertian dan falsafah yang luas. Ianya tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku atau beberapa jam syarahan. Kerana mencintai Allah bererti mencintai sesuatu yang hakiki.


Mengapa pula harus berbicara dengan Allah? Bagaimana caranya? Bukankah bicara dengan Allah hanya pernah terjadi di zaman para Nabi dan Rasul seperti bicara Nabi Musa a.s., iaitu ketika Baginda bermunajat dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa Allah secara nyata?


Di zaman ini, mungkinkah kita melakukan hubungan dengan Allah? Bukankah Nabi terakhir telah lama wafat, dan kitab suci terakhir telah diturunkan lima belas abad yang lampau serta Allah telah menyatakan sempurnanya agama kita. Masihkah terjadinya bicara antara hamba dengan Allah?


Syeikh Ibn Arabi mengatakan bahawa alam semesta merupakan bentuk tajalli dari Allah. Kerana itu ke mana saja kita arahkan pandangan mata kita, sebenarnya kita menemukan ‘tanda’ Tuhan di sana.


Malangnya,kita kerap enggan berhubung dengan Allah. Solat pun menjadi berat. Beban kerja yang bertompok-tompok menjadi alasan! Saat kita menzalimi saudara kita, kita sering lupa bahawa saudara kita masih menjalinkan hubungan(dalam erti masih solat,berdoa) dengan Allah dan mengadukan perangai kita.


Ketika bencana atau kesedihan datang menerpa kita, kita lebih percaya untuk berhubung dengan ‘orang pintar’, ‘bomoh’ di mana kita tidak adukan derita kita langsung kepada Allah. Jangankan melihat ‘tanda’ dari Allah untuk membuat kita insaf dan bertaubat, malah kadangkala kita tidak melihat dosa kita sendiri sehingga kita terus dilamun dalam kelalaian, seolah-olah kita melupakan hari ‘pertemuan’ kita dengan Allah kelak.


Sesungguhnya bila hati telah merasakan nikmat ‘cinta’ kepada Tuhan-Nya, apakah erti segala nikmatnya yang ada. Dia tidak akan di tipu dan di bohongi oleh segala nikmat yang sementara ini. dia tidak akan memburu cinta palsu yang menjadi ciptaan dan ungkapan manusia derhaka kepada Tuhannya. Ketika itu Tuhan telah menunjukkan kepada kita ‘JALAN MENUJU CINTANYA’ yang sukar dimiliki tanpa tarbiah dan mujahadah.

wasalam.. jumpa lagi di lain waktu.. salam sayang..^^


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ▼  December (13)
      • FINAL EXAM??? ~_~
      • ~BUKAN HAK KITA~
      • SAYA DISAMPING MEREKA
      • SEBUAH PERTEMUAN
      • TERAKHIR SEBELUM DI KRITIK..
      • TO MY BIG FAMILY.. JOM KUMPUL RAMAI-RAMAI
      • LAWATAN INDUSTRI ^^
      • HEAY PENCURI!!!
      • ~~JALAN MENUJU CINTANYA~~
      • MENGGUGURKAN KESALAHAN..INSHAALLAH
      • SAHABAT=TEMAN=KAWAN
      • ADAKAH KITA LAYAK DIGELAR SAHABAT?
      • HARI MAHASISWA SIHAT & CERGAS
    • ►  November (27)
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America