-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Saturday, 15 December 2012

LAWATAN INDUSTRI ^^

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ^^ harap semua sihat-sihat

Kawan-kawan nak tahu, minggu ni boleh dikatakan minggu yang paling busy buat nini.. dengan kelas nya, kuliah nya, assignment nya, meeting nya, berkejar study untuk final exam nya, study group nya, presentation nya.. argghhhh..sangat-sangat meletihkan.. -_-  sekarang ni pun,ketika entri ini dikarang, diri ini masih letih lagi.. letih berjalan-jalan!! tapi seronok!! ^^ nini pergi mana? Haaa..ni yang nk cerita ni..


Pada hari sabtu, 15/12/12, Exco Pembangunan Usahawan PMFEP dengan kerjasama PKNS & ASL Training & Consultancy telah mengadakan "LAWATAN INDUSTRI".. wah!! Nini join lawatan industri.. best sangat.. winkwink.. lawatan tersebut disertai oleh pelajar-pelajar yang kebanyakan nya dari FEP dan FPI.. semua peserta lebih kurang 40 orang..kot..hehe.. dan yang memang tak boleh terima, pelajar tahun 1 hanya 4 orang je.. errrr.. Faiz, Syafiq, Nini, Soleha(Alang).. thank Alang sebab snggup temankan last minit.. sayang alang ^_6


Lawatan kami dimulakan dengan melawat Ehsan Murni Foods Emftc.. perniagaan ini dikendalikan oleh Puan Nurmaslizza Teoh Abdullah. Kami diberikan penerangan tentang perniagaan yang dihasilkan. Tersangat kagum kerana perniagaan yang dilakukan adalah niat kerana Allah yang utamanya, mereka berjaya atas usaha sendiri dan dengan keizinan Allah. Kami diberikan peluang untuk mencuba sendiri produk mee yang dihasilkan dan…. Its owesome!! Sedap!! Terbaik!! Sampaikan bila nak balik, hampir semua peserta mula mengeluarkan duitnya untuk membeli berbagai-bagai jenis mee.. termasuk nini!!^^ haha..  macam biasa lah, kalau tak abadikan semua ini sebagai kenangan, tak lengkap rasanya kan.. ^_^ kat bawah ni ada diselitkan serba sedikit kenangan yang sempat dirakam..





Perjalanan kami diteruskan lagi.. kali ni destinasi kami adalah EsirFrozen,iaitu perusahaan makanan sejuk beku.. perniagaan ini diusahakan oleh Encik Muhamad Isa bin Edrus. Sebelum kami dibenarkan masuk ke tempat memproses makanan tersebut, kami diberikan sedikit ‘motivasi’ hehe.. terima kasih En. Isa kerana sudi berkongsi pengalaman, pengetahuan kepada kami.. terima kasih juga kerana sempat memberikan kata-kata nasihat, semangat kepada kami yang mungkin ingin cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini. kata En.Isa, ‘untuk mendapat sesuatu yang luar biasa, kita perlu jadi seorang yang luar biasa..yang paling penting,jaga hubungan dengan Allah.. inshaaALLAH’ ^_^


Setelah selesai sesi ‘motivasi’ dan soal jawab, kami dibawa masuk ke tempat membuat makanan sejuk beku. ada samosa, popia, pau, karipap dan macam-macam lagi. Kami diajar untuk membuat samosa oleh pekerja disitu. Best sangat!!kelainan yang ada pada produk mereka adalah inti yang mereka gunakan berbeza dengan yang lain. kami diberi peluang untuk mencuba samosa dan popia yang telah siap digoreng. Masa ini, nini dengan Alang mula tak boleh duduk diam. Sekejap pergi sana ambil samosa, sekejap lagi pergi kat lain pula untuk merasa popia. Orang lain duk sibuk mencuba untuk membuat samosa, ada yang bertanya itu ini dekat En. Isa, kami pula sibuk mencari-cari..cari makanan!! haha.. sedap tu.. tak kan nak lepaskan macam tu je..kan Alang kan?? ^^


Setelah semuanya selesai, dah puas makan, dah puas buat samosa, dah dapat seberapa banyak ilmu, dan dah habis duit memborong apa yang ada, kami pun mula beransur untuk pulang. Sebelum naik bas, macam biasa, bergambarlah!! ^^ sebelum bertolak, kami dibekalkan air kotak,popia dan karipap oleh En.Isa.. wah…makan lagi!!..haha..




 Didalam bas, sesuatu telah berlaku!! ???? apakah?? En Rawi telah meminta beberapa orang peserta untuk menceritakan pengalaman sepanjang lawatan tersebut.. orang 1st yang kena adalah Abg Haizat. Diteruskan lagi dengan akak Zu. Tiba-tiba, sayup-sayup terdengar macam ada orang rekomen kan nama nini kat En Rawi. FAIZ!!!!! Ngokngek lar faiz ni..haha..Dan apa lagi.. ‘seterusnya Nini.. mari sini.. haaa..wakil bagi pelajar tahun 1 cakap sikit. Selagi Nini tak cakap, selagi tu kita tunggu’ APAKAH?? Apa lagi,terpaksa lah bangun pergi kat depan tu untuk cakap. Dan macam biasa lah, entah pape je nini cakap..haha..merapu je lebih.. susah ok nak cakap dengan bas yang bergerak.. debaran tu makin tinggi..haha..alasan!! sebelum duduk semula, nini sempat hadiahkan ayat amaran kat Faiz..padan muka!!tapi, tercakap kuat pulak sampai orang dengar..walawei,buat malu je..^^  seterusnya,masing-masing mula rehatkan diri. Kami sampai di ukm tepat jam 7 malam..alhamdulillah segalanya dipermudahkan..

Secara keseluruhannya, lawatan ini tersangat-sangat best..seronok.. banyak input yang kami dapat.. dapat pengalaman baru, dapat ilmu baru, dapat mencuba sesuatu yang baru, dapat kenalan baru, dan yang paling penting dapat mencipta memori baru yang tak kan dapat dibeli di mana-mana.. ^^


Kepada Puan Liza dan En Isa, semoga usaha yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkataan Allah. Teruskan perjuangan dalam memperkembangkan perniagaan Islam.. inshaaAllah..


Untuk semua peserta, hari ini adalah hari yang menyeronokkan buat nini. dan harap semua pun berperasaan sama. terima kasih semua untuk saat-saat yang dikongsi bersama.. semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi disepanjang lawatan tersebut berguna kepada kita kelak  ^^

Wasalam..




my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ▼  December (13)
      • FINAL EXAM??? ~_~
      • ~BUKAN HAK KITA~
      • SAYA DISAMPING MEREKA
      • SEBUAH PERTEMUAN
      • TERAKHIR SEBELUM DI KRITIK..
      • TO MY BIG FAMILY.. JOM KUMPUL RAMAI-RAMAI
      • LAWATAN INDUSTRI ^^
      • HEAY PENCURI!!!
      • ~~JALAN MENUJU CINTANYA~~
      • MENGGUGURKAN KESALAHAN..INSHAALLAH
      • SAHABAT=TEMAN=KAWAN
      • ADAKAH KITA LAYAK DIGELAR SAHABAT?
      • HARI MAHASISWA SIHAT & CERGAS
    • ►  November (27)
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America