-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Wednesday, 7 November 2012

WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..


Assalamualaikum..


3/11


‘Angah,esok birthday Along..jom celebrate birthday Along..kasi surprise untuk along’


*mesej dihantar*


‘jom jom.. ajak Alang sekali tau’


*mesej diterima*


Eeerrrr..siapa Along,Angah,Alang ni? Ok,kalau kawan-kawan nak tahu,adik beradik nini dah bertambah =0 huhu.. macam mana boleh jadi macam tu? Yang tu nini cerita lain kali,ok? Panjang ceritanya..huhu..1st time nini ada abang(Along), dapat kakak baru(Angah) dan ada adik yang sama umur(Alang) dan nini jadi Acik..^_^


Ok,balik kepada cerita asal..selepas berbincang,akhirnya Angah,Acik,Alang sepakat untuk belikan hadiah untuk Along. Nak sambut,belikan kek dan segala bagai macam tak sempat lagi buat masa sekarang..masing-masing busy..huhu..insyaALLAH 1 hari nanti. Kami sepakat untuk ‘berdiam diri’ daripada Along buat seketika. Kononnya nak bagi Along ingat kitaorang lupa birthday Along..hehe


4/11

*tiba-tiba handphone berbunyi*


‘Acik,ada dekat mana? Alang dah belikan hadiah untuk Along. Nak bagi dekat Acik ni. Alang dah ada kat kafe kolej Acik ni’


‘ok..ok.. kejap, Acik turun kat kafe’


Hadiah bertukar tangan..terus Acik hantar mesej kat Angah..


‘salam Angah, hadiah Along dah ada pada Acik. Alang dah pass kat Acik. Nak bagi bila kat Along?


*5 minit menunggu mesej dibalas*


*1 new message from Along*


‘?????????????’


‘salam..hadiah apa? Hehe’


WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK lah Acik ni.. macam mana boleh tersalah hantar mesej pula ni???????????????????? Haaaaaaaaaaaaa… Haha.. kelakar kan? Semangat sembunyi kan dari Along..last last Acik sendiri yang bocorkan..maaf Angah dan Alang.. serius, bersalah sangat-sangat kat diaorang..penat-penat rancang,last-last Acik rosakkan semuanya =(


‘Along jangan bagitahu Angah dan Alang yang Along dah tahu pasal plan kitaorang. Along buat-buat macam Along tak tahu apa apa erk?’


Lepas puas pujuk Along,akhirnya Along setuju untuk rahsiakan semua ni..fuh!!!bimbang kot kalau Angah dan Alang marahkan Acik..


‘salam Acik,Alang rasa serba salah lah sebab tak wish birthday Along’


*mesej dari Alang diterima*


Mak aiiii..sudah..Alang pula rasa serba salah..macam mana ni.. nak terus terang je ke kat Alang yang Along dah tahu..bila minta pandangan Along,ni yang dibalas

‘terserah pada Acik lah.. Along follow je’


Perghhhhh!!! Tak membantu langsung Along ni..huhu..akhirnya,kebenaran terpaksa diceritakan kepada Alang.


‘adoi..knapa hntar msj dekat Along..dah kantoi sudah’


*mesej dari Angah diterima*


??? macam mana Angah boleh tahu ni?? Along!!!!!! Along ni..tadi bukan main lagi tak nak bocorkan rahsia.takut sangat Angah marahkan Acik masa ni.nak nangis pun ada. Tapi bila Angah bagitahu Angah tak marah pun, fuhhh!!!lega sangat.maaf sangat-sangat.=’) siap Along!!!huhu..Angah pesan jangan bagi lagi hadiah tu kat Along..huhu..kecian Along tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya.


5/11


~nasib hari ni tak terserempak dengan Along..kalau tak,tak pasal-pasal Along tuntut hadiah..huhu~


6/11


Ketika baru je keluar dari surau fep..


‘acik!!!’


Alamak!!! Along lah..macam mana ni..nak lari kat mana ni..aduh!!!


‘apa’


‘mana hadiah nya? Along tunggu tau’


‘errrrr…hadiah apa? Tak tahu tak tahu..’


‘Along tunggu dari semalam tau’ *saja lah tu nak buat Acik rasa bersalah =P*


‘haaaa..tak tahu..sabar lah..’ *memang rasa bersalah pun*


Haha..tak tahu nak jawab macam mana.. tak prepare pape pun,tiba-tiba je 
terserempak dengan Along..huhu..sabar ya Along..^_^


7/11


‘Along ada kat mana?’


‘kat kolej..kenapa?’


‘Acik dengan Alang nak jumpa kejap..ada masalah’


‘masalah??? Ok ok..Along turun kat kafe’


Hehehehehe..plan nak kenakan Along dah mula..huhuhuhu..tapi sedih sebab Angah tak dapat join kitaorang. Angah sibuk masa ni.=( Sampai kat kafe,terus jumpa Along dengan muka sedih..haha.. baik punya lakonan. Lepas puas putar belit cerita, ceritakan segala masalah yang sengaje direka-reka,akhirnya,*sambil keluarkan hadiah,* HAPPY BIRTHDAY!!!

0__0 macam ni haaa muka Along masa tu..haha..lawak giler muka Along.. kesian Along..huhu..senyap tak terkata Along bila di’surprise’ kan..

Tu lah serba sedikit(sedikit?? Musykil betul dengan ayat tu..huhu) tentang rancangan nak sambut birthday Along. Lain yang dirancang, lain yang berlaku.. sesungguhnya, kita,manusia hanya mampu merancang, Allah yang lebih berhak untuk menentukan. Setiap apa yang Allah tentukan pasti yang terbaik untuk kita ^_^


Entri kali ni sampai disini sahaja..


Buat Along(Mohd Shafiq Mahadzir)..

Selamat Hari Lahir yang ke 20..^_^


Ni lah hadiah yang tak seberapa yang kami berikan kat Along.. harap ia bermanfaat untuk Along ^_6





Wasalam..jumpa lagi di lain waktu..insyaALLAH ^_^



my eyes await your return.. TQ ^_^

2 comments:

Hanis Syazwani Othman said...

terharu tau angah baca...
mcm nak ngis angah tau..
dah la along baca kuat2 time tuu
hahhaha
the best la acik...

25 November 2012 at 05:16 Reply To This Comment
Unknown said...

=) maaf sangt2 ngah acik rosakkan plan awl kte.. sbnrnye,hri tu acik dh bgtaw along, sbgai tnde mnx maaf,acik nk blnje mkn smua, tpi, dh lupe..skrg bru ingt blik.. t set mse smua free,kte mkn sme2 erk..acik blnje =) sayang semua ^_^

26 November 2012 at 06:49 Reply To This Comment

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (13)
    • ▼  November (27)
      • KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA
      • S.Y.U.K.U.R
      • ...KARNIVAL FEP...
      • SPECIAL UNTUK ALANG
      • R>E>D>H>A
      • PERITNYA SEMUA NI ='(
      • ...SUATU PERJALANAN...
      • DIDIKAN PENCIPTA
      • SI DIA
      • PLEASE,KAWAL IA!!
      • FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0
      • ~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~
      • TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH
      • TERES EKO NIAGA ~_0
      • PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!
      • SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU
      • KENANGAN YANG TERUKIR
      • BUNUHLAH IA!!!
      • BYE~HAI
      • JOM KITA MENUJU SUCCESS..
      • TANGISAN
      • ~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~
      • WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..
      • BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN
      • APAM POLKADOT..
      • P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI
      • CINTA -----> AMANAH
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America