-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Wednesday, 26 December 2012

SAYA DISAMPING MEREKA



Assalamualaikum semua teman yang dikasihi Allah ^^


Hmm..mcm sikit je kan entri tentang OH MY SWEET MEMORY tu.. heeeee.. ni yang nak tambah ni.. ^^ entri kali ni nini nak kongsikan dengan semua orang tentang pengalaman nini join REHLAH.. winkwink ^_6


22 Disember 2012, tersebutlah kisah dimana sekumpulan pelajar seramai 20++ mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama teman-teman dengan menyertai rehlah. (amboi..ayat!! haha) kami diminta berkumpul di FEP tepat jam 7 pagi.. knonnya nak gerak pukul 8..tapi, kenyataannya ^^ dah boleh agak sendiri kan..huhu. sebelum bertolak, kami buat senaman ringan dulu yang diketuai oleh Najib dan abg Haizat. Seterusnya, kami terus bergerak? Memang tak lar kan -_- dah tu? Heeeeeeeee.. bergambar lar dulu.. tu wajib ada dalam setiap program..huhu ^^ selepas semuanya selesai, semua dah ready ats basikal masing-masing, helmet pun dah pakai, beg-beg dah dimasukkan dalam kereta, muka masing-masing pun dah terlebih excited, kami pun bertolak beramai-ramai. Wahhhh..best sangat-sangat. Perasaan masa ni memang tak boleh nak gambarkan. Teruja!! Perjalanan kami diawasi oleh beberapa senior, iaitu abg John, abg Sayyid, abg Zahrin, abg Ismail dan semestinya abg Haizat. Terima kasih!!



Sepanjang perjalanan,ok seriously agak membimbangkan sebab ada juga berlaku kemalangan kecil. Ada yang jatuh lar, ada yang terkoyak seluar sebab tersangkut kat rantai lar..fuh!! bimbang.. banyak kali perjalanan terpaksa dihentikan. Setelah hampir 30 km kami mengayuh basikal di sepanjang jalan yang kadang kadang berbukit-bukit, (penat ok bila naik bukit.. part turun bukit pulak, tak payah cakap lah..nikmat macam tengah terbang je ^^) akhirnya kami pun sampai di destinasi yang ingin di tuju..yeay!!! hooray!!! Alhamdulillah. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah setiap peserta walaupun agak letih. Kedatangan kami disambut oleh ramai orang.. errrrrrr..grrrrrr.. -_- betul lah..pengunjung-pengunjung lain yang datang kat sungai Tekala tu sambut kami.. haha.. memang tak lar kan =)


Setelah solat, makan, kami semua mula bergotong royong mendirikan khemah. Namapak jelas kat muka setiap peserta untuk cepat cepat dirikan khemah.kenapa? sebab kami tak sabar nak pergi mandi sungai!!winkwink ^^ wah.. indahnya ciptaanNYA.. =’) damai rasanya saat kaki mula menjejak masuk ke dalam air. Begitu tenang rasanya. Yang tak boleh tahan part sejuk air sungai tersebut.. terketar-ketar kami dibuatnya. Best sangat-sangat sebab disamping dapat menikmatai keindahan ciptaan Allah, kami sempat main bebrapa game. Seronok. Tak henti gelak.. ^_^ yang paling best time main simbah air macam budak kecik..haha.. teruk nini kena masa ni.. padan muka! Siapa mulakan dulu..amekaw!! huhu.. Nampak jelas ukhuwah antara kami semakin rapat.


Dah puas berendam kan, dah menggigil seluruh badan kan, kami pun mula beransur pulang ke khemah. BBQ TIME!! Huhu.. sukasuka!! Masing masing saling bantu sesame kami. Ada yang membakar, ada yang mengipas, ada yang buat air, ada yang siapkan tempat, yang ambil gambar, yang sembang sembang pun ada ^^ bila lagi kan? setelah habis ayam 1 bekas kami bakar, kami solat maghrib dan Isyak berjemaah, sesudah itu, kami bersama sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Yasin. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Selesai semuanya, sekarang adalah masa MAKAN! Hehe..hidangan kami nasi goreng, ayam yang kami bakar tadi, air sirap. Best sebab dapat makan ramai ramai macam 1 keluarga..


Selesai makan, kami duduk mengelilingi unggun api untuk main game lagi. Sakan masing masing gelak saat ni. Haha. Rindunya saat tu =’) sebelum kami berehat, kami sempat ‘sharing moment’. Semua yang ada kongsikan pengalaman, kegembiraan sepanjang program tersebut. Yang paling menyentuh perasaan ialah saat abg Haizat luahkan apa yang terbuku di hatinya. ‘ Abg Haizat, kami nampak mata abg Haizat berair saat itu. Kami tahu abg Haizat seorang yang kuat =’) bersabarlah’ sekarang, masa untuk tido..zzzzzzzzzzzz


Keesokkan harinya, kami solat subuh berjemaah di bawah keindahan langit ciptaanNYA. Indahnya saat tersebut yang entah bila dapat kami rasai lagi. Setelah selesai, kami mula persiapan diri untuk pulang. Khemah mula dijatuhkan, beg mula dikemaskan, peralatan lain mula disimpan. Sebelum bertolak pulang, kami sempat mengabadikan beberapa kenangan di sungai Tekala. Alhamdulillah, perjalanan pulang kami tidak banyak halangannya.kecuali…heeeee..kali ni seluar nini pulak tersangkut kat rantai. Mujur sikit je. Maaf semua.. tak sengaje..hehe.. kali ini tak banyak berhenti. 3 kali je. Katanya abg Haizat, ia untuk menguji kemampuan kami cycling tanpa banyak rehat dan kami BERJAYA! Bangga lah dengan kawan kawan semua ^_^ 

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai dekat FEP bebrapa jam kemudian (tak ingat pukul berapa sebenrnya..heeeee) masing masing lega+hepi+gembira = tak rasa letih sangat pun. Ooohh..lupa.. hari tu jugak adalah hari ulangtahun kelahiran abg Salihin.. sanah helwah, abg Salihin. Perlahan-lahan semua peserta mula meninggalkan FEP untuk pulang ke kolej masing-masing.


Sejujurnya, nini bersyukur sangat dapat join aktiviti ini. disamping dapat pengalaman baru, ukhuwah dengan kawan kawan makin kukuh. walaupun penyertaan tidak seramai yang dikehendaki, ia tidak menghalang kami untuk kongsi pengalaman yang begitu berharga ini. kita selalu cakap ‘sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahNYA’ iya, betul, sesuatu yang berlaku pasti Allah dah tetapkan hikmahNYA. Sama mcam program ini, memang tak ramai yang join, tapi ukhuwah yang ingin dibina bukan setakat dapat didirikan, malah dapat dirapatkan.. mungkin, kalau ramai yang join, ukhuwah itu tidak serapat sekarang. Yela, mana sempat nak rapat rapat dengan ramai orang dalam 1-1 masa..kan? tu hanya pandangan dari nini je lah. Memang,klau boleh biarlah ramai yang join sesuatu aktiviti tu kan, tapi, kalau sikit je yang join, itu bukan satu masalah.. semuanya dah ditetapkan. Kalau semua yang berlaku ikut perancangan kita, itu bagus.. tapi kalau tak ikut, lagi bagus kerna ia mengikut perancangan ALLAH.. inshaaAllah ^^


Itu saja dari nini buat masa sekarang..gambar? 























 

































Wasalam..



my eyes await your return.. TQ ^_^

2 comments:

Unknown said...

sangat2 menarik entry ni,,, rasanya xde satu part pn y tertinggal,,seakan-akan lengkap segala jalan ceritanya,,, abang abgi 5 bintang,,, wahhhhh

7 January 2013 at 06:35 Reply To This Comment
Unknown said...

@Kamarul Haizat wah...... lgsung dpt 5 bntang!! huhu.. thnx abg Haizat,, ^^ bnyk lgi kne prbaiki =)
tq utk 'pencerobohan' ini.huhu ^_^

7 January 2013 at 17:58 Reply To This Comment

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ▼  December (13)
      • FINAL EXAM??? ~_~
      • ~BUKAN HAK KITA~
      • SAYA DISAMPING MEREKA
      • SEBUAH PERTEMUAN
      • TERAKHIR SEBELUM DI KRITIK..
      • TO MY BIG FAMILY.. JOM KUMPUL RAMAI-RAMAI
      • LAWATAN INDUSTRI ^^
      • HEAY PENCURI!!!
      • ~~JALAN MENUJU CINTANYA~~
      • MENGGUGURKAN KESALAHAN..INSHAALLAH
      • SAHABAT=TEMAN=KAWAN
      • ADAKAH KITA LAYAK DIGELAR SAHABAT?
      • HARI MAHASISWA SIHAT & CERGAS
    • ►  November (27)
    • ►  October (12)
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America