Assalamualaikum semua teman yang dikasihi Allah ^^
Hmm..mcm sikit je kan entri tentang OH
MY SWEET MEMORY tu.. heeeee.. ni yang nak tambah ni.. ^^ entri kali ni nini nak
kongsikan dengan semua orang tentang pengalaman nini join REHLAH.. winkwink ^_6
22 Disember 2012, tersebutlah kisah
dimana sekumpulan pelajar seramai 20++ mengambil keputusan untuk meluangkan
masa bersama teman-teman dengan menyertai rehlah. (amboi..ayat!! haha) kami
diminta berkumpul di FEP tepat jam 7 pagi.. knonnya nak gerak pukul 8..tapi,
kenyataannya ^^ dah boleh agak sendiri kan..huhu. sebelum bertolak, kami buat
senaman ringan dulu yang diketuai oleh Najib dan abg Haizat. Seterusnya, kami
terus bergerak? Memang tak lar kan -_- dah tu? Heeeeeeeee.. bergambar lar
dulu.. tu wajib ada dalam setiap program..huhu ^^ selepas semuanya selesai,
semua dah ready ats basikal masing-masing, helmet pun dah pakai, beg-beg dah
dimasukkan dalam kereta, muka masing-masing pun dah terlebih excited, kami pun
bertolak beramai-ramai. Wahhhh..best sangat-sangat. Perasaan masa ni memang tak
boleh nak gambarkan. Teruja!! Perjalanan kami diawasi oleh beberapa senior,
iaitu abg John, abg Sayyid, abg Zahrin, abg Ismail dan semestinya abg Haizat.
Terima kasih!!
Sepanjang perjalanan,ok seriously agak
membimbangkan sebab ada juga berlaku kemalangan kecil. Ada yang jatuh lar, ada
yang terkoyak seluar sebab tersangkut kat rantai lar..fuh!! bimbang.. banyak
kali perjalanan terpaksa dihentikan. Setelah hampir 30 km kami mengayuh basikal
di sepanjang jalan yang kadang kadang berbukit-bukit, (penat ok bila naik
bukit.. part turun bukit pulak, tak payah cakap lah..nikmat macam tengah
terbang je ^^) akhirnya kami pun sampai di destinasi yang ingin di
tuju..yeay!!! hooray!!! Alhamdulillah. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah
setiap peserta walaupun agak letih. Kedatangan kami disambut oleh ramai orang..
errrrrrr..grrrrrr.. -_- betul lah..pengunjung-pengunjung lain yang datang kat
sungai Tekala tu sambut kami.. haha.. memang tak lar kan =)
Setelah solat, makan, kami semua mula
bergotong royong mendirikan khemah. Namapak jelas kat muka setiap peserta untuk
cepat cepat dirikan khemah.kenapa? sebab kami tak sabar nak pergi mandi
sungai!!winkwink ^^ wah.. indahnya ciptaanNYA.. =’) damai rasanya saat kaki
mula menjejak masuk ke dalam air. Begitu tenang rasanya. Yang tak boleh tahan
part sejuk air sungai tersebut.. terketar-ketar kami dibuatnya. Best
sangat-sangat sebab disamping dapat menikmatai keindahan ciptaan Allah, kami
sempat main bebrapa game. Seronok. Tak henti gelak.. ^_^ yang paling best time
main simbah air macam budak kecik..haha.. teruk nini kena masa ni.. padan muka!
Siapa mulakan dulu..amekaw!! huhu.. Nampak jelas ukhuwah antara kami semakin
rapat.
Dah puas berendam kan, dah menggigil
seluruh badan kan, kami pun mula beransur pulang ke khemah. BBQ TIME!! Huhu..
sukasuka!! Masing masing saling bantu sesame kami. Ada yang membakar, ada yang
mengipas, ada yang buat air, ada yang siapkan tempat, yang ambil gambar, yang sembang
sembang pun ada ^^ bila lagi kan? setelah habis ayam 1 bekas kami bakar, kami
solat maghrib dan Isyak berjemaah, sesudah itu, kami bersama sama meluangkan
sedikit masa untuk membaca Yasin. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.
Selesai semuanya, sekarang adalah masa MAKAN! Hehe..hidangan kami nasi goreng,
ayam yang kami bakar tadi, air sirap. Best sebab dapat makan ramai ramai macam
1 keluarga..
Selesai makan, kami duduk mengelilingi
unggun api untuk main game lagi. Sakan masing masing gelak saat ni. Haha.
Rindunya saat tu =’) sebelum kami berehat, kami sempat ‘sharing moment’. Semua
yang ada kongsikan pengalaman, kegembiraan sepanjang program tersebut. Yang
paling menyentuh perasaan ialah saat abg Haizat luahkan apa yang terbuku di
hatinya. ‘ Abg Haizat, kami nampak mata abg Haizat berair saat itu. Kami tahu
abg Haizat seorang yang kuat =’) bersabarlah’ sekarang, masa untuk
tido..zzzzzzzzzzzz
Keesokkan harinya, kami solat subuh
berjemaah di bawah keindahan langit ciptaanNYA. Indahnya saat tersebut yang
entah bila dapat kami rasai lagi. Setelah selesai, kami mula persiapan diri
untuk pulang. Khemah mula dijatuhkan, beg mula dikemaskan, peralatan lain mula
disimpan. Sebelum bertolak pulang, kami sempat mengabadikan beberapa kenangan
di sungai Tekala. Alhamdulillah, perjalanan pulang kami tidak banyak
halangannya.kecuali…heeeee..kali ni seluar nini pulak tersangkut kat rantai.
Mujur sikit je. Maaf semua.. tak sengaje..hehe.. kali ini tak banyak berhenti.
3 kali je. Katanya abg Haizat, ia untuk menguji kemampuan kami cycling tanpa
banyak rehat dan kami BERJAYA! Bangga lah dengan kawan kawan semua ^_^
Alhamdulillah, kami semua selamat sampai
dekat FEP bebrapa jam kemudian (tak ingat pukul berapa sebenrnya..heeeee)
masing masing lega+hepi+gembira = tak rasa letih sangat pun. Ooohh..lupa.. hari
tu jugak adalah hari ulangtahun kelahiran abg Salihin.. sanah helwah, abg
Salihin. Perlahan-lahan semua peserta mula meninggalkan FEP untuk pulang ke
kolej masing-masing.
Sejujurnya, nini bersyukur sangat dapat
join aktiviti ini. disamping dapat pengalaman baru, ukhuwah dengan kawan kawan
makin kukuh. walaupun penyertaan tidak seramai yang dikehendaki, ia tidak
menghalang kami untuk kongsi pengalaman yang begitu berharga ini. kita selalu
cakap ‘sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahNYA’ iya, betul, sesuatu yang
berlaku pasti Allah dah tetapkan hikmahNYA. Sama mcam program ini, memang tak
ramai yang join, tapi ukhuwah yang ingin dibina bukan setakat dapat didirikan,
malah dapat dirapatkan.. mungkin, kalau ramai yang join, ukhuwah itu tidak
serapat sekarang. Yela, mana sempat nak rapat rapat dengan ramai orang dalam
1-1 masa..kan? tu hanya pandangan dari nini je lah. Memang,klau boleh biarlah
ramai yang join sesuatu aktiviti tu kan, tapi, kalau sikit je yang join, itu
bukan satu masalah.. semuanya dah ditetapkan. Kalau semua yang berlaku ikut
perancangan kita, itu bagus.. tapi kalau tak ikut, lagi bagus kerna ia mengikut
perancangan ALLAH.. inshaaAllah ^^
Wasalam..
2 comments:
sangat2 menarik entry ni,,, rasanya xde satu part pn y tertinggal,,seakan-akan lengkap segala jalan ceritanya,,, abang abgi 5 bintang,,, wahhhhh
@Kamarul Haizat wah...... lgsung dpt 5 bntang!! huhu.. thnx abg Haizat,, ^^ bnyk lgi kne prbaiki =)
tq utk 'pencerobohan' ini.huhu ^_^
Post a Comment