-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

OH MY BLOG!!! ^_6

bukan perkongsian.....masih milik tunggal nininurnadhirahyusof ^_6

Friday, 28 December 2012

FINAL EXAM??? ~_~



YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM...
" Lancarkanlah mata pena kami semasa menjawab exam... Kembalikanlah kepada kami apa yang telah kami pelajari... Ilhamkanlah kepada kami apa yang kami tidak ketahui...
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana... Hanya kepadaMU kami bertawakkal..."

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM...
"Berikanlah kejayaan kepada kami, kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... Hanya kepadamu kami berserah"

Kepada semua sahabat seperjuangan...
SELAMAT MENJAWAB SOALAN EXAM DENGAN SEBAIKNYA...


salam sayang..wasalam.. ^^


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Thursday, 27 December 2012

~BUKAN HAK KITA~


Assalamualaikum semua ^_^

Iya, betul, MENCINTAI SESEORANG ITU ADALAH HAK KITA
namun memiliki seseorang yang kita cintai
TANPA ikatan yang sah dan halal itu BUKAN HAK KITA..

Jangan pernah TAKUT melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki.
dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki..
atau Allah akan menggantikannya dengan yang jauh lebih baik.. inshaaALLAH.. ^^



‘JANGAN PERNAH TAKUT UNTUK KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA’



PUBLISH!!! ^^



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 26 December 2012

SAYA DISAMPING MEREKA



Assalamualaikum semua teman yang dikasihi Allah ^^


Hmm..mcm sikit je kan entri tentang OH MY SWEET MEMORY tu.. heeeee.. ni yang nak tambah ni.. ^^ entri kali ni nini nak kongsikan dengan semua orang tentang pengalaman nini join REHLAH.. winkwink ^_6


22 Disember 2012, tersebutlah kisah dimana sekumpulan pelajar seramai 20++ mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama teman-teman dengan menyertai rehlah. (amboi..ayat!! haha) kami diminta berkumpul di FEP tepat jam 7 pagi.. knonnya nak gerak pukul 8..tapi, kenyataannya ^^ dah boleh agak sendiri kan..huhu. sebelum bertolak, kami buat senaman ringan dulu yang diketuai oleh Najib dan abg Haizat. Seterusnya, kami terus bergerak? Memang tak lar kan -_- dah tu? Heeeeeeeee.. bergambar lar dulu.. tu wajib ada dalam setiap program..huhu ^^ selepas semuanya selesai, semua dah ready ats basikal masing-masing, helmet pun dah pakai, beg-beg dah dimasukkan dalam kereta, muka masing-masing pun dah terlebih excited, kami pun bertolak beramai-ramai. Wahhhh..best sangat-sangat. Perasaan masa ni memang tak boleh nak gambarkan. Teruja!! Perjalanan kami diawasi oleh beberapa senior, iaitu abg John, abg Sayyid, abg Zahrin, abg Ismail dan semestinya abg Haizat. Terima kasih!!



my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
2 comments

Monday, 24 December 2012

SEBUAH PERTEMUAN



Assalamualaikum semua ^^
Apa khabar? Harap semua sihat-sihat dan sentiasa dilindungi olehNYA.. inshaaALLAH..
Hari ini nini nak nyanyikan sebuah lagu untuk semua kawan nini.. errrrr….erkkkkk….memang tak lah kan.. huhu.. ok2.. lagu kat bawah ni untuk semua kawan, teman, sahabat nini.. ^^ enjoy it!! =)




wasalam..

my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 19 December 2012

TERAKHIR SEBELUM DI KRITIK..



Assalamualaikum semua ^^

BERDEBAR MENUNGGU HARI ESOK!! Kenapakah?? Apa lagi, SESI KRITIK BLOG lar.. OH MY BLOG!!! ^_6 akan di komen esok! Bersediakah kamu, nini  nur nadhirah??? Errrr…. Heeeee… semoga dipermudahkan segala urusan esok.. amin.. ^^


Sebelum tu, nini nak share-share sedikit info tentang FEP.. kira macam entri last berkenaan tema blog ni sebelum ia nya dikomen..heeee..nak tahu pe dye?



Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai kita hilangkan stress sebelum menduduki final exam.. wwwwoooooo.. ada cycling, walawei bbq pun ada sekali.. winkwink.. best kan? Jom!! Temankan nini..heeee..

ok, sampai disini dulu entri kali ini.. semoga kita berjumpa di lain waktu.. 
Wasalam..doakan yang terbaik untuk nini dan kawan-kawan dalam sesi kritik blog esok ^^


Sir azzwan and all mentors, please be nice with us. ^^ 


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

TO MY BIG FAMILY.. JOM KUMPUL RAMAI-RAMAI


Assalamualaikum semua ^^
entri kali ni, nini nak kongsi sedikit info berkaitan dengan tema blog ni, iaitu FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN. heeee..nak kongsi pe dye? Ni haaaaa…


bukan tu je, selepas makan malam akan diadakan sesi penyampaian sijil untuk peserta yang menyertai KEMSIS.. wah... dah lama tunggu saat-saat ni..^^ Jom kawan-kawan semua kita kumpul bersama-sama sekali lagi!! Mengimbau kenangan lalu di KEMSIS cukup untuk membuat diriku leka seketika.. ^^ jumpa esok semua..inshaaAllah.. 


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Saturday, 15 December 2012

LAWATAN INDUSTRI ^^

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ^^ harap semua sihat-sihat

Kawan-kawan nak tahu, minggu ni boleh dikatakan minggu yang paling busy buat nini.. dengan kelas nya, kuliah nya, assignment nya, meeting nya, berkejar study untuk final exam nya, study group nya, presentation nya.. argghhhh..sangat-sangat meletihkan.. -_-  sekarang ni pun,ketika entri ini dikarang, diri ini masih letih lagi.. letih berjalan-jalan!! tapi seronok!! ^^ nini pergi mana? Haaa..ni yang nk cerita ni..


Pada hari sabtu, 15/12/12, Exco Pembangunan Usahawan PMFEP dengan kerjasama PKNS & ASL Training & Consultancy telah mengadakan "LAWATAN INDUSTRI".. wah!! Nini join lawatan industri.. best sangat.. winkwink.. lawatan tersebut disertai oleh pelajar-pelajar yang kebanyakan nya dari FEP dan FPI.. semua peserta lebih kurang 40 orang..kot..hehe.. dan yang memang tak boleh terima, pelajar tahun 1 hanya 4 orang je.. errrr.. Faiz, Syafiq, Nini, Soleha(Alang).. thank Alang sebab snggup temankan last minit.. sayang alang ^_6


Lawatan kami dimulakan dengan melawat Ehsan Murni Foods Emftc.. perniagaan ini dikendalikan oleh Puan Nurmaslizza Teoh Abdullah. Kami diberikan penerangan tentang perniagaan yang dihasilkan. Tersangat kagum kerana perniagaan yang dilakukan adalah niat kerana Allah yang utamanya, mereka berjaya atas usaha sendiri dan dengan keizinan Allah. Kami diberikan peluang untuk mencuba sendiri produk mee yang dihasilkan dan…. Its owesome!! Sedap!! Terbaik!! Sampaikan bila nak balik, hampir semua peserta mula mengeluarkan duitnya untuk membeli berbagai-bagai jenis mee.. termasuk nini!!^^ haha..  macam biasa lah, kalau tak abadikan semua ini sebagai kenangan, tak lengkap rasanya kan.. ^_^ kat bawah ni ada diselitkan serba sedikit kenangan yang sempat dirakam..

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Thursday, 13 December 2012

HEAY PENCURI!!!

Assalamualaikum dan hai semua..

Wah wah wah.. cuba tengok kat tepi tu..yang kat sebelah kiri tu.. ENTRI YANG KE-50!! Winkwink.. biar betul. Siapa entah dulu yang asyik merungut tak suka blog segala bagai ni.. tak suka,tapi post dah sampai 50 --_-- haha.. suka-suka je.. baiklah, sempena menyambut kedatangan entri yang ke 50 ni, apa yang nak dikongsikan? 
PENCURI?? siapa pencuri? Apa yang dicuri? Kenapa mencuri? dimanakah tempat mencuri? Dan yang paling penting, kenapa post pasal pencuri? ^^ hanya sekadar berkongsi pengetahuan bersama teman-teman semua.. ^_^

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Wednesday, 12 December 2012

~~JALAN MENUJU CINTANYA~~



Mengapakah wajib kita mencintai Allah? Jika ya! Bagaimana caranya? Mungkinkah kita mencintai dan berbual bicara dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat wujudnya?

Mencintai dan berbicara dengan Allah mempunyai pengertian dan falsafah yang luas. Ianya tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku atau beberapa jam syarahan. Kerana mencintai Allah bererti mencintai sesuatu yang hakiki.


Mengapa pula harus berbicara dengan Allah? Bagaimana caranya? Bukankah bicara dengan Allah hanya pernah terjadi di zaman para Nabi dan Rasul seperti bicara Nabi Musa a.s., iaitu ketika Baginda bermunajat dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa Allah secara nyata?


Di zaman ini, mungkinkah kita melakukan hubungan dengan Allah? Bukankah Nabi terakhir telah lama wafat, dan kitab suci terakhir telah diturunkan lima belas abad yang lampau serta Allah telah menyatakan sempurnanya agama kita. Masihkah terjadinya bicara antara hamba dengan Allah?

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Tuesday, 11 December 2012

MENGGUGURKAN KESALAHAN..INSHAALLAH


Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda. Maksudnya:

“Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” 
[Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

Rasulullah SAW bersabda,

 "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya".
        (HR Bukhari, Muslim)

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Sunday, 9 December 2012

SAHABAT=TEMAN=KAWAN



assalamualaikum..

A real friend is hard to find

Difficult to leave

And impossible to target..



Miss my BFF, Low Kuei Lien ^^

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Monday, 3 December 2012

ADAKAH KITA LAYAK DIGELAR SAHABAT?


Pada zaman rasulullah... Ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing.. Pada suatu hari.. Sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua..

"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat??
maka sahabatnya yang kedua menjawab "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil...dan membesar bersama-sama? aku tidak pernah mengkhianati dirimu...apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu??

Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta"
Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu.


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Saturday, 1 December 2012

HARI MAHASISWA SIHAT & CERGAS



Assalamualaikum kawan-kawan semua ^^


Hari ini,nini nak promote event yang akan berlangsung di FEP..

Apa dia? Ni….--->



 " anda peduli, anda bertindak! you care, you act! "


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Friday, 30 November 2012

KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA



Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah nak masuk entri yang ke 44.. Nampak tak begitu rajinnya Nini melayan OH MY BLOG!!! ^_6 angkat bakul sendiri nampak =p

Apa yang nak dikongsikan pada entri kali ni?



Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,

Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,

Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Thursday, 29 November 2012

S.Y.U.K.U.R


Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.


wasalam..^_6



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 28 November 2012

...KARNIVAL FEP...



Assalamualaikum,hai..^^

Entri kali ni khas ditujukan kepada semua student 1st year FEP UKM..



Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK program karniFEP anjuran Exco Akademik dan Exco Keusahawanan PMFEP yang akan diadakan pada 4-9 Mac 2013? 


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

SPECIAL UNTUK ALANG

Assalamualaikum semua ^^

Awak,iya awaklah,awak lah,iya awaklah yang baca entri ni..nini cme nak cakap thank kat awak sebab sudi tengok-tengokkan OH MY BLOG!!! ^_6 THANK YOU SO MUCH..


Entri kali ni nini nak kongsi cerita tentang kenangan manis yang tercipta bersama yang tersayang.. TERSAYANG?? Siapa? Winkwink..^_^ Semestinya bersama Along(Mohd Shafiq Mahadzir), Angah(Hanis Syazwani Othman) dan Alang(Soleha Hanis Ali) Whatever I do, I have them to give me support..


Satu pertemuan mencipta seribu kenangan, melahirkan sebuah memori terindah, mengukuhkan ikatan persaudaraan disamping mengharapkan keredhaan Allah disebalik pertemuan tersebut..in shaa Allah ^_^ nak tahu apa cerita disebalik pertemuan tersebut? Baca entri ni sampai habis ^^

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Tuesday, 27 November 2012

R>E>D>H>A


Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.

Assalamualaikum..^_6



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Sunday, 25 November 2012

PERITNYA SEMUA NI ='(



Berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni..=’( apa yang berlaku,pasti ada hikmahNYA,nini.. bersabarlah.. serahkan semuanya kepada ALLAH.. Dia lebih mengetahui..=’(

Wasalam..=’)

my eyes await your return.. TQ ^_^

3 comments

...SUATU PERJALANAN...


Assalamualaikum semua.. ^_^




HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.


Moga jumpa di lain waktu..in shaa ALLAH.. wasalam..


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

DIDIKAN PENCIPTA


Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. 
-Memanusiakan seorang manusia!-



my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Saturday, 24 November 2012

SI DIA

Rindu budak ni sangat-sangat 


MUHAMMAD ZAZA ADHWA BIN YUSOF

Oowww..mai KL tak jenguk pun angah kat UKM ni..fine!! pergi SOGO,ICT tanpa angah.. sedih =’( mana janjimu,yang kau lafazkan dulu.. =p hepi sangat lar tu dapat jalan-jalan sampai lupa kat angah.. =’) gembira dengar kamu pergi berjalan-jalan setelah sekian lama kamu nantikan nya.. ^_^ walaupun tanpa angah -___-  happy for u,my brother.. 

wasalam..


my eyes await your return.. TQ ^_^

2 comments

PLEASE,KAWAL IA!!


“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Thursday, 22 November 2012

FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~



Assalamualaikum, teman semua ^_6




Bangkitlah jika Allah menyuruh kamu bangkit, dan duduklah jika Dia menyuruh kamu duduk. Bersabarlah ketika Allah menjadikan kamu sebagai orang miskin, dan bersyukurlah Dia menjadikan kamu orang yang kaya.


Itu semua akan menjadi kenyataan dengan ikrarmu ‘Aku rela Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabiku’. Inilah ikrar seorang mukmin yang berserah secara penuh imannya.


Janganlah merasa kamu mampu mengatur dirimu kerana orang yang pandai mengatur pun boleh binasa..



wasalam


my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 21 November 2012

TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH


Assalamualaikum semua..^_^

Yeay!! Budak ni kenapa? -_- heeee.. gembira+bersyukur sangat sebab akhir-akhir ni, makin dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah.. hooray!! Boleh tambahkan duit simpanan untuk mengerjakan Haji.. In Shaa Allah ^_6 semoga nini dan keluarga menjadi  manusia pilihan Allah untuk ke sana..Amin..^^  doakan nini erk..

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Tuesday, 20 November 2012

TERES EKO NIAGA ~_0


Assalamualaikum semua..^^


Hmmm..agak lama nini tak post tentang FEP kan? Setelah sekian lama menyepi, menyepi daripada bercerita tentang FEP lah, entri kali ini nini nak cerita tentang Teres Eko Niaga.. kwan-kawan tahu tak apa itu Teres Eko Niaga? Sejujurnya, nini sendiri tak tahu pada awalnya.heeeee^_^ bila orang cakap Teres Eko Niaga, nini siap tanya lagi kat mana tu? Sekali dibalas, ‘tempat awak makan hari-hari tu lar -_- ‘ haaaa..kan dah kena ^^


Kalau kawan-kawan nak tahu, Teres Eko Niaga UKM telah dibina berhampiran dengan Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan bermula akhir tahun 2007. Pembinaan Teres Eko Niaga ini adalah hasil kerjasama di antara UKM dengan Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi (MECD) pada suatu masa dahulu. Pusat Perkembangan Pelajar telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan menguruskan dan memantau operasi perniagaan. Pada asalnya hanya 5 buah kiosk yang telah siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM 300,000 .  Namun di atas kesedaran dan kebijaksanaan yang berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah  Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor  UKM tentang kepentingan melahirkan usahawan di kalangan  siswazah khususnya pelajar-pelajar UKM,  maka UKM telah membina 4 lagi kiosk baru yang telah siap dibina pada bulan Julai 2009.

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!





my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Monday, 19 November 2012

SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU


Sejak zaman Nabi Adam hingga makhluk terakhir ciptaan Allah, tidak pernah ada 2 orang yang betul-betul sama. Lantas,mengapa masih ada orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan orang lain?



my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

KENANGAN YANG TERUKIR


Assalamualaikum semua ^_6
Entri kali ini nini nak kongsi cerita,pengalaman,memori,kenangan yang tercipta sepanjang cuti sem baru-baru ni..jom baca!! ^_^


Tepat jam 9 malam(8 nov) nini pun bertolak pulang ke Terengganu..driver nini begitu berhati-hati ketika memandu..DRIVER BAS!!!huhu.. sepanjang perjalanan, nini banyak habiskan masa dengan……TIDUR =0 heay,nini demam lah masa tu..baru je TERPAKSA telan ubat.. bila badan dah diisi dengan ubat, jawabnya tidurlah..huhu.. masa ni,malu ada,segan ada,yelah, kawan nini tak tidur sepanjang perjalanan sebab jagakan nini..jaga erk? baiknya dia ^_^  haha ok ..ok..thank,awak..


Lebih kurang jam 4 pagi, nini pun selamat sampai..oh..home sweet home..yeay!!! sampai rumah, sambung tidur balik.. KEPALA PENING LAGI!!! Pukul 6,macam biasa, solat subuh, dan SAMBUNG TIDUR BALIK!!!haha.. teruknya anak dara ni.. demam ok!! (Alasan tu je yang dia guna dari tadi ^_6) tengah best-best tidur, tiba-tiba ‘KOMPANG DIPALU,PENGANTIN BARU…..’ weeeeeeeeiiiii,siapa pula kahwin ni? Nini mimpi nini kahwin lah =0 haha.. ok, itu mengade..=p jiran nini kahwin lah. Comelnya pengantin perempuan tu..wink-wink.. sesuai dengan suaminya..semoga kekal ke akhir hayat..amin..

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Sunday, 18 November 2012

BUNUHLAH IA!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tahukah kalian, orang-orang yang banyak waktu kosong dalam hidupnya, biasanya akan menjadi penyebar desas-desus dan khabar angin yang tidak mendatangkan manfaat. Kenapa? Hal ini kerana akal fikiran mereka ketika itu selalu melayang layang tidak tentu arah.


Keadaan yang paling bahaya bagi akal adalah apabila tuan punya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu tidak ubah seperti kereta yang berjalan dengan sangat laju tanpa pemandu…yang akan mudah terbabas ke kanan atau ke kiri.

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Saturday, 17 November 2012

BYE~HAI



Perkara yang paling tidak dinanti nanti..=____= walawei, cuti dah habis.. esok dah bertolak balik ke ukm..  semoga semuanya berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi.. ^_^ Amin..

Bye,home.. =(
Hai,ukm.. -________-







my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

JOM KITA MENUJU SUCCESS..


assalamualaikum..
Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket ^_^

wasalam.. 

my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Friday, 16 November 2012

TANGISAN

Salam sayang semua..^^




Tangisan selalu dikaitkan dengan fenomena kesedihan dan penyesalan. Malah,tangisan manusia itu melambangkan keadaan normal yang berlaku pada setiap insan. Tiada manusia yang tidak pernah menitiskan air mata. Ini kerana kita sebagai manusia pasti menempuh hari ataupun masa yang sedih.



my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Wednesday, 7 November 2012

~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~







Astaghfirullah..
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat Dia mengatakan kepada kita


I          love          you          my          servant!

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..


Assalamualaikum..


3/11


‘Angah,esok birthday Along..jom celebrate birthday Along..kasi surprise untuk along’


*mesej dihantar*


‘jom jom.. ajak Alang sekali tau’


*mesej diterima*


Eeerrrr..siapa Along,Angah,Alang ni? Ok,kalau kawan-kawan nak tahu,adik beradik nini dah bertambah =0 huhu.. macam mana boleh jadi macam tu? Yang tu nini cerita lain kali,ok? Panjang ceritanya..huhu..1st time nini ada abang(Along), dapat kakak baru(Angah) dan ada adik yang sama umur(Alang) dan nini jadi Acik..^_^

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
2 comments

Tuesday, 6 November 2012

BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN




Kita kadang-kadang terlalu disuapkan dengan HIBURAN sehingga lupa segalanya
Kadang-kadang pengaruh hiburan itu lebih hebat dari pengaruh tokoh-tokoh pejuang Islam.
Mengapa dan kenapa kita semakin lalai dengan arus dunia?
Sedangkan Yahudi dan musuh-musuh Islam sedang mentertawakan kita akibat kelalaian kita sehingga lupa untuk berjuang...
Ya! Kita pernah kata hiburan tak salah.
Kata-kata ini tiada salahnya untuk kita berhibur
Tapi, tak cukup-cukup lagi ke dengan hiburan selama ni?
Berhiburlah sekadarnya
Sekarang masa untuk berjuang


my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

APAM POLKADOT..


Assalamualaikum kawan-kawan..

Entri kali ini nini nak kongsikan resepi lagi.. hehe.. APAM POLKADOT.. resepi ni kira baru juga nini cuba..tapi tak lah baru sangat..  hehe.. 1st time buat dengan mama nini masa majlis bacaan yasin kat rumah tok nini.. lepas tu, terus dapat tempahan untuk majlis kesyukuran keluarga.. =0 wowwww… dapat tempahan tu..huhu..alhamdulillah..^_^ kawan-kawan boleh mencuba resepi.. mana tahu nanti boleh buat bisnes..boleh buat duit tu.. Nampak tak otak pelajar akaun+bisnes+ekonomi kat situ..huhu..ok, ni ambil resepi ni dan selamat mencuba!!

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Monday, 5 November 2012

P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI

Assalamualaikum..



Pernikahan adalah seperti sekolah,suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana anda dan pasangan anda akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik dan membuat suatu kerjasama yang solid. Allah tidak memberikan pasangan yang sempurna kerana kita tidak sempurna.. Allah memberikan seseorang yang dapat tumbuh bersama..^^,


nini post pasal pernikahan??? Fewit..fewit.. apa maksud??? Wink wink…  +______+ maksud apa nya? Saja-saja je la.. hehe..

bye..wasalam..jaga diri semua..^_6




my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Saturday, 3 November 2012

CINTA -----> AMANAH


 Assalamualaikum..



Peringatan kepada diri sendiri supaya tidak mengulangi kesilapan dulu yang terlalu leka sebagai seorang remaja =’) 





my eyes await your return.. TQ ^_^

0 comments

Wednesday, 31 October 2012

E-X-A-M



Assalamualaikum..



Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak ‘exam mid’ fuh!!! Subjek MAKROEKONOMI pula tu mula-mula..(errrr…sempat lagi ea update blog???huhu) 1st time exam sejak masuk ukm ni..sudah ready??? Hmmmmmm… hanya itu yang dapat dijawab..haha.. macam mana entah nanti..perasaan? cuak ada,takut ada,serabut ada,part stress tu comfirm-comfirm ada.. huhu.. harap semuanya berjalan lancar dan dapat tempuhi peperiksaan dengan sebaiknya.. doakan nini dan kawan-kawan lain yup.. ^_^ semoga kami dapat menjawab dengan tenang, dipermudahkan segala urusan dan yang paling penting, semoga kami mendapat keputusan yang cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa kami..^_6 insyaALLAH..
’do the best, GOD the rest’ ^_^ 

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

FEP PUNYE KIOSK!!!



Assalamualaikum kawan-kawan semua.. ^_^

Entri kali ni ditujukan khas kepada semua pelajar ukm..

Jom ramai-ramai serbu kiosk kt FEP.. jom jom.. ada apa? Nak tahu?

Bermula dari 24 Oktober hingga 8 November 2012, dengan pembelian RM4 ke atas layak untuk menyertai cabutan. Tarikh cabutan bila? Cabutan dibuat pada 8 November jam 4 petang..


Nak tahu hadiah utama???? BLACKBERRY BOLD 4!!! Fewit fewit!!! Huhu.. dan 20 hadiah saguhati… apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai buat kecoh kat
 ‘KIOSK 4 COMMUNITY’ 

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

Tuesday, 30 October 2012

SAYA NAK KAMU!!!



Assalamualaikum semua ^_^




HARRIER???KERETA IDAMAN??? Yup!!! ^_^ nini memang dah lama simpan niat untuk memiliki kereta Harrier 1 hari nanti..huhu..insyaALLAH.. kenapa Harrier? Eeerrrrr.. yang tu nini tak boleh nak jawab, sebab……….nini pun tak tahu sebab apa..haha..mungkin cinta pandang pertama kot..cewah!!haha.. 

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

*SEORANG INSAN*



Assalamualaikum..

hai kawan-kawan.. ehem2, nampak nya nini semakin rajin meng ‘update’ OH MY BLOG!!! ^_6 huhu..saja mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah..huhu.. choppp!!choppp!! masa lapang?? Sejak bila ada masa yang lapang bila masuk ukm ni? Musykil betul!! Haha.. ok,fine!! Assingment memang bersusun atas meja tu, buku dah merayu-rayu minta dibuka, laptop sudah menjerit minta ditutup, line pun dah menunjukkan ‘signal’ nya.. memang memahami!!huhu..nak rehat 5 minit pun susah =_= apa yang nini melalut ni.huh.ok2.sudah cukup sudah..cukup sampai di sini saja.. (melalut lagi!!)

ini untuk tatapan teman-teman semua ^_6

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments

APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI.. =')


Assalamualaikum..



Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila(oopppssss..agak kasar di situ ^_6) lebih dari itu,ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

my eyes await your return.. TQ ^_^

Read more »
0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)



Labels

  • OH MY CORETAN HATI ^_6 (58)
  • OH MY FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN ^_6 (13)
  • OH MY RESEPI ^_6 (3)
  • OH MY SWEET MEMORY ^_6 (10)

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (9)
  • ▼  2012 (56)
    • ▼  December (13)
      • FINAL EXAM??? ~_~
      • ~BUKAN HAK KITA~
      • SAYA DISAMPING MEREKA
      • SEBUAH PERTEMUAN
      • TERAKHIR SEBELUM DI KRITIK..
      • TO MY BIG FAMILY.. JOM KUMPUL RAMAI-RAMAI
      • LAWATAN INDUSTRI ^^
      • HEAY PENCURI!!!
      • ~~JALAN MENUJU CINTANYA~~
      • MENGGUGURKAN KESALAHAN..INSHAALLAH
      • SAHABAT=TEMAN=KAWAN
      • ADAKAH KITA LAYAK DIGELAR SAHABAT?
      • HARI MAHASISWA SIHAT & CERGAS
    • ►  November (27)
      • KASIH SAYANG ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANNYA
      • S.Y.U.K.U.R
      • ...KARNIVAL FEP...
      • SPECIAL UNTUK ALANG
      • R>E>D>H>A
      • PERITNYA SEMUA NI ='(
      • ...SUATU PERJALANAN...
      • DIDIKAN PENCIPTA
      • SI DIA
      • PLEASE,KAWAL IA!!
      • FALLING IN LOVE-->ATAS NAMA CINTA ~_0
      • ~TERIMA PILIHAN ALLAH UNTUK KITA~
      • TUNGGU KEDATANGANKU.. IN SHAA ALLAH
      • TERES EKO NIAGA ~_0
      • PULAU PERHENTIAN..NAK PERGI!!!
      • SAYA ADALAH SAYA,KAMU ADALAH KAMU
      • KENANGAN YANG TERUKIR
      • BUNUHLAH IA!!!
      • BYE~HAI
      • JOM KITA MENUJU SUCCESS..
      • TANGISAN
      • ~TEMUI JAWAPANMU DENGAN ISTIKHARAH~
      • WALAWEI..NGOKNGEK..SENGEK..
      • BANYAK SAJIAN HIBURAN,LUPA PADA PERJUANGAN
      • APAM POLKADOT..
      • P+E+R+N+I+K+A+H+A+N=INSYAALLAH 1 HARI NANTI
      • CINTA -----> AMANAH
    • ►  October (12)
      • E-X-A-M
      • FEP PUNYE KIOSK!!!
      • SAYA NAK KAMU!!!
      • *SEORANG INSAN*
      • APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI.. =')
    • ►  September (4)

PRINCE AND PRINCESS

PEMILIK OH MY BLOG!!! ^_6

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.
 
Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Just So Scrappy | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America